Page 39 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 39

ALAM SEKITAR MANUSIA



               PENDUDUK




               15  (a) Jelaskan petunjuk pengukuran sumber manusia sesebuah negara.             [12]

               Rangka Jawapan

                   i.  Umur penduduk:
                          a.  Golongan muda
                          b.  Golongan dewasa
                          c.  Golongan tua
                   ii.  Jantina:
                          a.  Lelaki
                          b.  Perempuan
                   iii. Kualiti:
                          a.  taraf pendidikan
                          b.  kemahiran
                          c.  tahap kesihatan
                          d.  sikap/nilai insaniah/kemenjadian


               Cadangan Jawapan


               Sumber manusia boleh diukur dari segi struktur umur dan jantina serta kualiti.

               Umur  penduduk  dikelaskan  berdasarkan  penduduk  dewasa  yang  merupakan  golongan
               produktif dan boleh menyumbang kepada ekonomi negara. Penduduk tua dan golongan muda

               kurang  produktif  dan  menjadi  tanggungan  kepada  keluarga  dan  negara.  Golongan  muda

               menjamin bekalan sumber manusia pada masa hadapan.


               Jantina terbahagi kepada lelaki dan perempuan. Aktiviti ekonomi primer dan sekunder yang
               berat dan kasar serta memerlukan kekuatan tenaga fizikal manusia akan mengupah lebih ramai

               pekerja  lelaki.  Contohnya  sektor  perladangan,  perikanan  dan  pembalakan.  Industri  yang

               berintensif buruh yang memerlukan tahap ketekunan dan kehalusan tangan yang tinggi serta
               kesopanan lazimnya akan mengupah pekerja wanita. Contohnya di kilang elektronik, memetik

               daun teh dan  sektor perkhidmatan seperti jururawat.


               Kualiti penduduk merujuk kepada taraf pendidikan, kemahiran, tahap kesihatan dan sikap, nilai
               insaniah dan kemenjadian.


                                                                                                       39
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44