Page 42 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 42

16     (a)   Huraikan enam  faktor yang mempengaruhi taburan penduduk  di Malaysia.
                                                                                                                                                  [12]

               Rangka Jawapan

                   i.   Ciri fizikal
                   ii.  Faktor demografi
                   iii.  Faktor pembandaran
                   iv.  Faktor pengangkutan dan perhubungan
                   v.  Jenis kegiatan ekonomi
                   vi.  Faktor Dasar kerajaan
                   vii.  Faktor sejarah awal
                   viii. Universiti Awam dan IPTS
                   ix.  Taburan sumber alam


               Cadangan Jawapan


               Ciri fizikal merupakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. Malaysia

               mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi seperti tanah tinggi, tanah pamah dan kawasan
               paya.  Kawasan  tanah  tinggi  seperi  banjaran  Crocker  mempunyai  taburan  penduduk  jarang

               manakala kawasan tanah pamah seperti Delta Kelantan dan Dataran kedah perlis mempunyai
               kawasan penduduk padat. Kawasan paya di Malaysia mempunyai taburan penduduk jarang.

               Oleh itu. ciri fizikal merupakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk Di Malaysia.


               Selain dari itu, faktor demografi penduduk turut mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.

               Kadar  kelahiran  yang  tinggi  dan  Kadar  kematian  yang  rendah  mempengaruhi  taburan
               penduduk yang padat terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia. Golongan lelaki

               peringkat dewasa lebih ramai bekerja di bandar bandar besar berbanding golongan dewasa

               perempuan. Golongana lelaki mempunyai mobiliti yang tinggi. Oleh itu mereka menjadikan
               taburan penduduk bandar bandar besar padat di Malaysia.


               Di samping itu,  faktor pembandaran  turut  mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.

               Bandar bandar  di Malaysia mengalami proses pertambahan penduduk akibat migrasi masuk.
               Bandar raya Kuala Lumpur  mengalami proses pembandaran yang tinggi. Ramai golongan

               dewasa dari kawasan luar bandar mengambil peluang pekerjaan yang ditawarkan di bandar.

               Seterusnya menyebabkan taburan penduduk padat di situ.






                                                                                                       42
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47