Page 40 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 40

Penduduk yang berpendidikan tinggi dari universiti dan kolej mahir dan mudah dilatih untuk
               sesuatu  pekerjaan.  Pekerja  yang  berkemahiran  teknologi  dan  maklumat  (ICT),  STEM  dan

               mahir dalam Bahasa Inggeris menjadi aset kepada sesebuah organisasi. Mereka menjadi tenaga
               buruh  yang  penting  dalam  kerja-kerja  penyelidikan  dan  kerja-kerja  yang  memerlukan

               kemahiran teknikal yang tinggi dan berisiko tinggi.


               Pekerja yang sihat menjamin produktiviti kerja yang tinggi. Pekerja yang mempunyai sikap

               yang positif dan budaya kerja yang sihat seperti bekerjasama, berdisiplin tinggi dan berinisiatif
               tinggi untuk belajar penting untuk menentukan kejayaan sesebuah organisasi.






                 (b) Bincangkan peranan penduduk sebagai agen perubahan alam sekitar fizikal di sesuatu
                       kawasan.                                                                [13]

               Rangka Jawapan

                   i.   Pertanian
                   ii.  Perlombongan
                   iii.  Perhutanan
                   iv.  Perikanan
                   v.  Perindustrian dan IKS
                   vi.  Pembinaan
                   vii.  Pengangkutan
                   viii. Pelancongan
                   ix.  Penternakan
                              x  Kesimpulan

               Cadangan Jawapan


               Aktiviti pertanian seperti pembukaan ladang yang melibatkan kerja penebangan pokok dan

               pembersihan hutan, perataan tanah, pembajakan dan peneresan akan menyebabkan hakisan

               tanah, tanah runtuh dan banjir. Penggunaan baja kimia, racun serangga dan membuang sisa
               pertanian akan menyebabkan pencemaran air dan tanih. Aktiviti membakar sisa pertanian dan

               pembakaran hutan akan menyebabkan pencemaran udara.


               Aktiviti  perlombongan  yang  melibatkan  kerja-kerja  menebuk,  menggerudi,  menggali  dan
               meletup menjadikan permukaan tanah gondol. Sumber alam akan haus setelah bahan galian


                                                                                                       40
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45