Page 35 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 35
bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkuta biasanya tersekat pada halangan-halangan
tersebut.
Bahan muatan yang bersaiz besar dan berat lebih mudah dimendapkan berbanding dengan
bahan muatan kecil dan ringan yang mudah diangkut ke tempat lain. Bahan yang berbentuk
leper seperti kulit kerang dan bahan yang kecil yang tidak larut oleh air seperti pasir dan batu
kelikir lebih mudah dimendapkan. Bahan yang berbentuk bulat dan mudah larut oleh air seperti
batu kapur lebih mudah diangkut ke tempat lain dalam bentuk larutan.
Saiz bahan turut mempengaruhi pemendapan di pinggir pantai. Bahan muatan yang bersaiz
besar dan berat lebih mudah dimendapkan berbanding dengan bahan muatan kecil dan ringan
yang mudah diangkut ke tempat lain.
Tumbuhan seperti pokok rhu dan tumbuhan paya seperti pokok bakau boleh menjadi
penampan kepada serangan terus ombak dan memerangkap bahan yang diangkut oleh ombak
dan arus oleh itu kadar pemendapan tinggi. Kawasan pinggir pantai yang kurang litupan
tumbuh-tumbuhan tidak berupaya memerangkap bahan-bahan yang diangkut oleh ombak dan
kadar pemendapan rendah.
Arus pesisir pantai yang kuat mampu mengangkut bahan-bahan yang banyak. Jumlah bahan
yang banyak diangkut dan dikumpulkan dan meningkatkan pemendapan.
Faktor manusia yang mempengaruhi pemendapan di pinggir pantai adalah seperti pembinaan
benteng pemecah ombak, jeti dan pelabuhan, penambakan pantai dan penanaman semula hutan
pantai.
Pembinaan benteng pemecah ombak, jeti dan pelabuhan menyebabkan tenaga ombak
diperlahankan dan bahan yang diangkut tersekat dan dimendapkan. Tiang jeti dan pelabuhan
juga memperlahankan ombak dan menyebabkan pemendapan yang giat.
Penambakan pantai menyebabkan sebaran bahan mendapan merebak lebih jauh ke lautan.
Ombak akan membawa batu-batu dan tanah yang ditambak ke arah laut.
Penanaman semula hutan pantai akan menjadi penampan kepada serangan terus ombak dan
memerangkap bahan yang dibawa oleh ombak lalu dimendapkan.
35

