Page 36 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 36

(b) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan terhadap aktiviti manusia di
                           pinggir pantai.                                                          [12]

               Rangka Jawapan

                  i.   pantai- pelancongan/perlombongan pasir/industri IKS
                 ii.   beting pasir- pelancongan/rekreasi/perlombongan pasir
                iii.   anak tanjung- rekreasi/petempatan
                 iv.   tombolo- perhubungan/pelancongan/rekreasi/petempatan
                 v.    delta- pertanian/petempatan
                 vi.   permatang-petempatan/pengangkutan
                vii.   lagun- petempatan/penternakan ikan

               Tiada bentuk muka bumi-Tiada markah


               Cadangan Jawapan

               Pantai ialah satu tarikan pelancongan. Pemandangan pantai yang indah dan pantai berpasir
               yang luas sesuai untuk aktiviti berkelah, bersantai dan berjemur (sun-bathing). Aktiviti seperti

               sukan rekreasi air, berenang, mengorek siput, pony ride, mengurut (massage), melihat matahari

               terbenam (sunset) dan banana boat boleh dijalankan.


               Beting pasir menggalakkan pelancongan. Aktiviti rekreasi seperti sukan air dan memancing
               ikan  dapat  dijalankan.  Pemandangan  seperti  ‘pulau’  berdekatan  pantai  menjadi  lokasi

               pengambilan  foto  dan  penggambaran  yang  indah  untuk  pelancong.  Pelancong  juga  boleh
               menyusuri air laut yang cetek.



               Anak  tanjung  menjadi  kawasan  petempatan  penduduk.  Penduduk  membina  rumah  dan
               menjalankan  pelbagai  kegiatan  ekonomi  di  atasnya  seperti  perindustrian,  pertanian  dan

               perniagaan.


               Tombolo  menjadi  tarikan  pelancong.  Aktiviti  rekreasi  seperti  sukan  air,  memancing  dan

               menyusuri air laut yang cetek dijalankan.


               Delta merupakan kawasan rendah yang subur sesuai untuk pertanian seperti penanaman padi
               di Delta Kelantan.







                                                                                                       36
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41