Page 72 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 72
wujudnya banyak bandar di negeri-negeri pantai barat. Pembangunan juga lebih tertumpu di
kawasan tertentu yang menjadai tumpuan pelabur. Pembukaan bandar baru telah
meningkatkan bilangan penduduk kerana tarikan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar.
Terdapat juga faktor seperti penghijrahan masuk penduduk. Migrasi penduduk dari
paantai timur ke pantai barat seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
menyebabkan bandar-bandar di pantai barat menjadi tumpuan penduduk. Disebabkan tarikan
di bandar dengan pelbagai aktiviti ekonomi maka migrasi desa ke bandar berlaku dengan
pesat.
Bentuk muka bumi juga mempengaruhi aras pembandaran negeri-negeri di Malaysia.
Kawasan yang bergunung-ganang, berpaya misalnya mengehadkan pambangunan dan
perkembangan sesebuah bandar. Kawasan tanah pamah dan kawasan beralun menyebabkan
kawasan baru dapat dibuka dan dibangunkan. Kedudukan bandar di kawasan ini juga
meningkatkan berlakuna rebakan bandar dengan lebih pesat.
b) Bincangkan bagaimana proses perbandaran yang pesat terhadap persekitaran fizikal
bandar-bandar di Malaysia. [13]
Rangka Jawapan
i. Pertambahan penduduk - kenderaan bertambah - peningkatan pencemaran udara.
ii. Perubahan ekonomi - aktiviti perindustrian – pencemaran air
iii. Perubahan gaya hidup - penggunaan bahan buangan domestic – pencemaran
sampah sarap dan bau.
iv. Perluasan sempadan bandar – pembinaan kawasan perumahan baru – pencemaran
persekitaran.
v. Peningkatan kawasan pembangunan bandar – penerokaan kawasan tadahan air,
penimbusan paya/tasik, peningkatan kawasan berturap – kejadian banjir kilat.
vi. Pertambahan bangunan konkrit dan bangunan menegak – permintaan terhadap
ruang perniagaan dan perkhidmatan – penyerapan bahangan matahari dan
pemerangkapan bahangan bumi meningkat – kesan pulau haba bandar / kenaikan
suhu mikro.
vii. Peningkatan keperluan penduduk – aktiviti peneresan, perataan, pemotongan bukit
untuk dijadikan tapak bina – hakisan tanah, tanah runth, tanah mendap.
4 isi x 3m + 1 kesimpulan
72

