Page 71 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 71
Cadangan Jawapan
Pembangunan ekonomi yang pesat menyebabkan aras pembandaran d Malaysia
berbeza. Aktiviti-aktiviti seperti perindustrian dan perkhidmatan di bandar-bandar di
Malaysia menyebabkan penduduk lebih tertumpu di sesuatu kawasan. Infrastruktur yang baik
seperti pengangkutan dan perhubungan menyebabkan pembangunan ekonomi menjadi lebih
pesat.
Sesetengah bandar merupakan bandar yang telah lama dimajukan. Sejarah penjajahan
British di Tanah Melayu seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk
mendapatkan hasil bijih timah menyebabkan bandar-bandar di negeri-negeri berkenaan telah
lama berkembang.
Negeri-negeri di pantai barat misalnya merupakan lokasi yang strategik. Keadaan ini
menyebabkan banyak bandar di pantai barat membangun dan berkembang. Hal ini demikian
negeri-negeri di pantai barat ini mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi.
Aras pembandaran juga bergantung kepada pusat-pusat aktiviti yang wujud yang
mampu mengembangkan bandar-bandar berkenaan. Sesetengah bandar berperanan sebagai
pusat pentadbiran, misalnya ibu-ibu negeri, pusat kebudayaan dan juga pusat pendidikan
seperti wujudnya IPT di bandar.
Kawasan yang mempunyai tanah yang subur merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan aras pembandaran negeri-negeri di Malaysia berbeza. Kawasan pertanian yang
dimajukan menjadi bandar. Aktiviti pertanian dijalankan secara meluas dan akhirna
membawa kepada urbanisasi yang pesat.
Aras pembandaran yang berbeza juga bergantung kepada sumber asli. Sumber asli
yang banyak meningkatkan proses pembandaran. Kawasan-kawasan yang kaya dengan
sumber asli seperti petroleum, mineral, perhutanan telah menyebabkan wujud bandar
berdasarkan aktiviti tersebut. Contohnya Kerteh dan Sandakan.
Dasar kerajaan atau governan juga menyebabkan aras pembandaran yang berbeza.
Adalah didapati kerajaan lebih menumpukan pembangunan di pantai barat telah menebabkan
71

