Page 144 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 144

8.1        Kesan Penerokaan Sumber Tenaga Terhadap Alam Sekitar





               Keperluan terhadap sumber tenaga menyebabkan penerokaan secara giat dan berterusan dilakukan.
               Hal ini mendatangkan pelbagai kesan terhadap alam sekitar.

               Perlombongan Petroleum dan Gas Asli
               Kesan terhadap alam sekitar berlaku ketika kerja-kerja cari gali, pengangkutan dan pemprosesan
               di kilang penapis petroleum.





                                    Pembebasan asap dan gas
                                                 Kemalangan dan kebocoran
                                                 ketika pengangkutan











                                                             Kebocoran ketika kerja-kerja
                                                             cari gali






                                Rajah 8.1: Kesan penerokaan petroleum dan gas asli terhadap alam sekitar

                                                               Info
                Kesan terhadap alam sekitar                    Info
                                                              Geogra
                •  Pencemaran udara - Asap dan gas yang    Kemalangan di pelantar minyak Piper Alpha, di Laut Utara,
                  dibebaskan dari loji penapisan minyak    United Kingdom adalah yang paling buruk dalam sejarah
                  dan gas mencemarkan udara.               perlombongan petroleum. Kemalangan itu berlaku pada
                •  Pencemaran air  - Tumpahan minyak       tahun 1988 dan mengakibatkan 167 orang terbunuh.
                  semasa pengangkutan atau kemalangan
                  mencemarkan air laut.
                •  Pencemaran tanah - Kebocoran saluran paip     Kod QR
                  minyak menyebabkan pencemaran tanah.     Kemalangan di pelantar minyak Piper Alpha
                •  Kepupusan hidupan akuatik -             (Sumber: https://eravisi.com/geo/tg5/ms136/)
                  Pencemaran air laut menyebabkan
                  kepupusan hidupan akuatik.
                •  Perubahan pandang darat - Kawasan
                  pantai berubah menjadi kawasan industri
                  dengan pembinaan loji penapisan minyak
                  dan pemprosesan gas asli.



          136
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149