Page 145 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 145

BAB 8 : Kesan Penerokaan dan Pengurusan Sumber Tenaga

                 Perlombongan Arang Batu

                 Arang batu digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Aktiviti perlombongan arang batu
                 memberi kesan terhadap alam sekitar ketika kerja-kerja melombong, mengangkut dan memproses
                 di loji jana kuasa elektrik.





                                                     Pembebasan asap
                                                     dan gas dari kilang
                                                                     Pembebasan gas dari
                                                                     lombong dan sisa buangan






                                                                        Sisa buangan
                                                                        lombong
                                                                             Lombong
                                                                             arang batu
                      Laut                                                           Bahan toksik
                                                 Loji jana kuasa
                                                 elektrik                            dari lombong
                                                                                     dan sisa buangan
                                    Pembuangan bahan    Tumpahan arang batu
                                                        semasa pengangkutan
                                    toksik dari kilang
                    Sungai


                                     Rajah 8.2: Kesan penerokaan arang batu terhadap alam sekitar

                                                                     Kod QR
                 Kesan terhadap alam sekitar                   Layari laman web berikut untuk menonton

                                                               video tentang pelbagai kesan buruk
                 •  Pencemaran udara - Asap dan gas yang       perlombongan arang batu terhadap
                  dibebaskan dari loji jana kuasa elektrik     alam sekitar serta menjejaskan
                                                               kesihatan manusia, haiwan
                   dan lombong mencemarkan udara.              dan tumbuh-tumbuhan.
                 •   Pencemaran air - Bahan toksik dari lombong,
                   loji jana kuasa elektrik dan sisa buangan   (Sumber: https://eravisi.com/geo/tg5/
                  mencemarkan sungai serta sumber air          ms137/)
                   bawah tanah.
                 •  Pencemaran tanah - Tumpahan arang batu
                  semasa pengangkutan mencemarkan tanah.
                 •  Kepupusan hidupan - Pencemaran air
                   oleh sisa loji jana kuasa elektrik menyebabkan
                  kepupusan hidupan akuatik.
                 •  Perubahan pandang darat - Penggalian tanah
                  menyebabkan perubahan pandang darat
                  seperti pembentukan tasik bekas lombong.

                                                                   Pencemaran akibat perlombongan arang batu



                                                                                                         137
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150