Page 146 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 146

Perlombongan dan Pemprosesan Uranium

               Uranium adalah sejenis bahan radioaktif yang banyak digunakan dalam industri nuklear. Radiasi
               radioaktif yang dibebaskan oleh industri nuklear boleh mencemari udara, tanih dan air. Keadaan
               ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan alam sekitar.





















                             Lombong uranium                               Loji tenaga nuklear

               Kesan terhadap alam sekitar
               •  Pencemaran udara - Berlaku pembebasan gas menyebabkan pelepasan gas berbahaya
                  iaitu gas radon ke udara.
               •  Pencemaran air - Proses penghasilan tenaga di loji nuklear menggunakan air sebagai bahan
                 penyejuk menyebabkan sumber air terdedah kepada pencemaran.
               •  Pencemaran tanah - Sisa perlombongan dilupuskan di kawasan sekitar lombong menyebabkan
                 radioaktif mencemarkan tanah dan persekitaran dengan kadar radiasi yang tinggi.
               •  Kepupusan hidupan - Bahan radioaktif yang memasuki sumber air menjejaskan hidupan akuatik.
               •  Perubahan pandang darat - Perlombongan menyebabkan perubahan pandang darat
                 seperti pembentukan tasik bekas lombong.


                                   Glosari
                                   Glosari
                              Gas radon: Sejenis gas yang mengandungi bahan radioaktif yang dibebaskan
                              apabila logam uranium diuraikan.
                   Info
                   Info
                  Geogra
               Kemalangan Loji Tenaga Nuklear Chernobyl, Rusia
               Kemalangan di loji tenaga nuklear Chernobyl, Rusia pada 26 April 1986
               merupakan kemalangan tenaga nuklear yang paling buruk di dunia.
               Kemalangan tersebut berlaku disebabkan kesilapan dalam pengendalian suatu
               eksperimen yang menyebabkan letupan dalam reaktor. Hal ini menyebabkan
               awan bahan radioaktif terkumpul di udara yang meliputi kawasan yang luas.
               Radiasi yang terbebas ke atmosfera mencemarkan berjuta-juta hektar hutan
               dan kawasan pertanian. Penduduk sekitar 30 km dari loji tenaga nuklear itu
               terpaksa dipindahkan. Pakar-pakar sains mengatakan kawasan tersebut
               tidak boleh didiami selama 150 tahun kerana bahaya bahan radioaktif.   Keratan akhbar tentang kemalangan
               (Sumber: Berita Harian, 27 April 2016)                       di loji tenaga nuklear Chernobyl

          138
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151