Page 166 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 166
Teknologi
Infrastruktur Dasar kerajaan
Faktor
kemanusiaan
Pasaran Modal
Buruh
Rajah 9.3: Faktor kemanusiaan
Faktor Kemanusiaan
Teknologi
Kod QR
• Teknologi melibatkan penggunaan peralatan canggih Layari laman web berikut untuk
dengan teknik pengurusan yang cekap dan maju dalam melihat peranan teknologi
sektor perindustrian, pertanian dan perdagangan. terhadap kegiatan ekonomi.
• Teknologi membantu meningkatkan produktiviti (Sumber: https://eravisi.com/
dan mengurangkan kos pengeluaran. geo/tg5/ms158/)
Dasar Kerajaan
• Di Malaysia, kerajaan menubuhkan beberapa agensi untuk menggalakkan pembangunan dalam
pelbagai kegiatan ekonomi.
• Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dilaksanakan untuk memajukan dan memperkembangkan
sektor pertanian di Malaysia. Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimumkan pendapatan
melalui penggunaan sumber pertanian secara optimum.
• Di Thailand, Lembaga Pelaburan (BOI) Thailand memainkan peranan dalam menarik pelaburan asing
dengan menawarkan insentif cukai terutama dalam sektor berteknologi tinggi seperti pembangunan
kenderaan generasi masa depan, robotik dan penerbangan di samping meningkatkan peruntukan
belanjawan, menggalakkan perkongsian awam-swasta dan mewujudkan Tabung Infrastruktur.
• Di Jepun, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) melaksanakan beberapa dasar
untuk menggalakkan pengeluaran kereta elektrik dan kenderaan terbang.
(Sumber: https://www.meti.go.jp).
158

