Page 167 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 167

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


                                                                                   BAB 9 : Kegiatan Ekonomi Utama
                                                                                         egia
                                                                                           tan E
                                                                                              k
                                                                                           tan E
                                                                                   BAB 9 : K
                                                                                                    tama
                                                                                               onomi U
                                                                                               onomi U
                                                                                              k
                                                                                         egia
                                                                                   BAB 9 : K
                                                                                                    tama
                             Jadual 9.3: Peranan Agensi Kerajaan untuk Memajukan Kegiatan Ekonomi di Malaysia
                               Agensi                                      Peranan
                Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan   Membangunkan tanah untuk memajukan tanaman jualan
                (FELDA)                             seperti kelapa sawit dan getah
                Lembaga Pemasaran Pertanian         Meningkatkan pemasaran produk pertanian di pasaran tempatan
                Persekutuan (FAMA)                  dan luar negara
                Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Memajukan sektor perikanan bagi meningkatkan tangkapan ikan
                Institut Kemajuan dan Penyelidikan   Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan pengeluaran
                Pertanian Malaysia (MARDI)          hasil pertanian
                Institut Piawaian dan Penyelidikan   Menjamin kualiti produk keluaran Malaysia
                Perindustrian Malaysia (SIRIM)
                                                                            (Sumber:  Atlas Eksplorasi KBSM, 2011)
                 Modal
                 • Terdapat dua sumber utama modal, iaitu modal domestik dan modal pelaburan langsung asing.
                 • Modal domestik diperoleh daripada simpanan individu dan institusi kewangan seperti Agrobank,
                  Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
                 • Modal pelaburan langsung asing diperoleh daripada pelabur-pelabur negara asing yang datang
                   ke Malaysia untuk membuka kilang, perniagaan dan ladang.







                 Buruh
                 • Buruh merupakan tenaga penggerak dalam proses perancangan, pengeluaran, pengurusan
                   dan pemasaran.
                 • Buruh boleh dikelaskan kepada buruh mahir, buruh separa mahir dan buruh tidak mahir.
                 • Buruh tidak mahir dan separa mahir kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian, pembalakan,
                  perindustrian dan pembinaan.
                 • Buruh mahir bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti pendidikan, pengangkutan, perubatan
                   dan sektor perlombongan sebagai jurutera.
                 Pasaran
                 • Pasaran terdiri daripada pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa.
                 • Kemudahan e-dagang menjadikan pasaran lebih luas di peringkat tempatan dan antarabangsa
                   seperti perniagaan dalam talian.
                 • Di Malaysia, beberapa agensi ditubuhkan bagi membantu memasarkan keluaran negara
                   seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk pasaran tempatan
                   dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk pasaran antarabangsa.

                                      Kod QR

                                Layari laman web berikut untuk mengetahui usaha
                                yang dilakukan oleh FAMA dalam membantu usahawan
                                Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memasarkan produk
                                mereka di dalam dan luar negara.

                                (Sumber: https://eravisi.com/geo/tg5/ms159/)

                                                                                                         159
   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172