Page 169 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 169
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
BAB 9 : Kegiatan Ekonomi Utama
9.3 Kegiatan Ekonomi Utama di Dunia
Semua negara di dunia menjalankan kegiatan ekonomi untuk menghasilkan pendapatan dan
memenuhi keperluan penduduk. Kegiatan ekonomi utama di setiap negara bergantung kepada
faktor fizikal dan faktor kemanusiaan yang ada di negara tersebut seperti bentuk muka bumi,
sumber bahan mentah dan teknologi. Sebagai contoh, pertanian menjadi kegiatan ekonomi
utama di negara yang mempunyai tanah yang subur seperti Thailand. Manakala perindustrian
pula menjadi kegiatan ekonomi utama di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat.
Kegiatan Ekonomi Primer Chiang Rai
Penanaman Padi di Thailand Chiang Nan U
Mai
Padi merupakan tanaman utama di Thailand. Hampir Udon
Thani
60% petani Thailand terlibat dalam aktiviti penanaman Sakon
Nakhan
padi. Keluasan kawasan penanaman padi di Thailand
adalah kira-kira 9.65 juta hektar. Thailand juga merupakan Khan
pengeksport beras kelima terbesar di dunia. Tak Kaen
(Sumber: www.worldatlas.com) Ubon
Ratchathani
Lokasi Kawasan Penanaman Padi di Thailand Lop
• Terletak di bahagian timur laut dan tengah Thailand. Buri Nakhon
• Satu pertiga daripada kawasan Dataran Tinggi Korat Bangkok Ratchasima
di timur laut Thailand ditanam dengan padi.
• Lembangan Sungai Chao Phraya di bahagian tengah Trat
Thailand adalah kawasan tanih aluvium dan ditanam Sattahip
dengan padi sawah secara intensif.
Faktor yang Mempengaruhi Penanaman Padi Chumphon
di Thailand
Bentuk muka bumi
Songkhla
• Kawasan tanah pamah yang luas dan tanah tinggi yang
sesuai untuk penanaman padi. Phuket Petunjuk
Satun
Tanih Kawasan
tanaman padi
• Jenis tanih yang sesuai iaitu tanih aluvium Peta 9.1: Kawasan penanaman padi di Thailand
di Lembangan Menam Chao Phraya dan tanah
berpasir yang subur di Dataran Tinggi Korat.
Dasar Kerajaan
• Kerajaan melaksanakan dasar jaminan harga beras yang berfungsi sebagai program gadai janji.
• Petani boleh mendapatkan pinjaman kerajaan pada kadar faedah yang rendah.
Teknologi
• Menggunakan teknologi moden seperti dron dan satelit untuk pemetaan kawasan/tanih.
• Menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan baka padi yang lebih baik.
Kepentingan Penanaman Padi bagi Thailand
• Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Thailand.
• Menghasilkan pendapatan kepada negara melalui eksport beras.
161

