Page 170 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 170
Penanaman Kelapa Sawit di Indonesia
Kelapa sawit merupakan tanaman eksport utama Indonesia dan meningkat daripada 7.95 juta
hektar pada tahun 2009 kepada 14 juta hektar pada tahun 2018. Indonesia juga adalah pengeluar
utama minyak kelapa sawit dunia. Minyak kelapa sawit menjadi komoditi yang menyumbang
kepada pertukaran wang asing terbesar negara itu.
(Sumber: Kompas.com, 26 Februari 2018)
Lokasi Kawasan Penanaman Kelapa Sawit di Indonesia
• Kawasan penanaman kelapa sawit yang utama di Indonesia ialah Riau, Sumatera Utara,
Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur,
(Sumber: Kementerian Pertanian Indonesia - Direktorat Jenderal Perkebunan, 2019)
Kalimantan Barat U
(1.5 juta hektar)
Kalimantan Timur
(1.06 juta hektar)
Sumatera
Utara
(1.7 juta Jambi
hektar) (907 000
hektar)
Riau
(2.7 juta hektar)
Sumatera Selatan Kalimantan Tengah
(1.1 juta hektar) (1.5 juta hektar)
Petunjuk
Kawasan tanaman
kelapa sawit
Peta 9.2: Kawasan penanaman kelapa sawit di Indonesia
Faktor yang Mempengaruhi Penanaman Kelapa Sawit di Indonesia
Bentuk muka bumi
• Kawasan tanah pamah dan tanah beralun yang luas sesuai untuk penanaman kelapa sawit.
Tanih
• Jenis tanih yang sesuai iaitu tanih laterit dan tanih gambut.
Dasar Kerajaan
• Kerajaan menjalankan pelbagai langkah untuk memajukan penanaman kelapa sawit
seperti menjalankan usaha sama dengan pihak swasta dan pelabur asing.
Tenaga Buruh
• Indonesia mempunyai tenaga buruh yang ramai dan murah untuk bekerja di ladang-ladang
kelapa sawit.
Kepentingan Penanaman Kelapa Sawit di Indonesia
• Menghasilkan pendapatan negara. • Memajukan pengeluaran biodiesel.
• Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. • Membuka kawasan petempatan baharu.
162

