Page 10 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 10

Kata-kata Aluan


















                                                  YDP PIBG



               Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

                     Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi E-Majalah
               Anjung Sentosa edisi ke-19 SMK Bukit Sentosa kerana Berjaya menghasilkan dokumentasi dan
               rakaman peristiwa sepanjang sesi persekolahan 2020 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan
               untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata
               dalam penerbitan E-Majalah Anjung Sentosa ini.

                     Saya yakin dengan usaha bersepadu daripada seluruh warga SEBESTA, sekolah ini mampu
               mencapai visi dan misi yang dirancang dari awal sesi persekolahan sehingga penghujung sesi. Saya
               sebagai wakil ibu bapa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan pengetua,
               barisan pentadbir dan semua warga pendidik di sekolah ini atas kejayaan yang telah dicapai.
               Sesungguhnya segala komitmen yang tidak mengenal erti penat dan jemu daripada warga SEBESTA
               mampu mejadikan sekolah terus cemerlang.

                     Negara kita amat memerlukan bakal pemimpin yang berwibawa, berketerampilan dan
               berkaliber. Tanpa semangat sanggup bekorban, berdedikasi, proaktif dan berkeperibadian mulia,
               guru tidak akan dapat melahirkan pelajar yang berkemampuan untuk mengharungi segala dugaan
               hidup yang kian mencabar. Saya bagi pihak PIBG menyeru kepada semua ibu bapa dan masyarakat
               setempat agar tampil memberi sumbangan dan kerjasama serta sokongan penuh bagi memastikan
               kecemerlangan SEBESTA.

                     Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar SEBESTA sentiasa melakar  kecemerlangan
               dalam bidang akademik serta kokurikulum. Saya berharap agar visi dan misi SEBESTA  menjadi
               kenyataan.

                     Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat  menyediakan
               pendidikan yang berkualiti serta mewujudkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia.  Sekali lagi,
               tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi serta semua pihak yang terlibat dan  berusaha
               gigih bagi merelisasikan penerbitan E-Majalah sekolah ini.
               Sekian, terima kasih
               TUAN HAJI BAKARI BIN ABU BAKAR
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15