Page 7 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 7

Kata-kata aluan














                       KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA





                Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

               Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk
               menyampaikan kata alu-aluan dalam majalah atas kejayaan menerbitkan majalah

               sekolah yang sungguh bermakna ini. Semoga majalah sekolah ini dijadikan sebagai
               panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap sekolah serta meneruskan
               budaya penyanyang dalam kalangan warga sekolah.


               Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan
               Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2035 akan sentiasa menjadi fokus utama
               untuk semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020 akan tertumpu

               kepada kualiti pembelajaran murid dan kualiti guru serta pemimpin sekolah.
               Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila ia dipacu dengan
               pengajaran yang berkualiti oleh guru serta disokong oleh kepimpinan Pengetua.

               Justeru, akauntabiliti perlu ada pada semua pihak bagi menjamin pembelajaran
               murid diutamakan. Akauntabiliti adalah seperti pelekat yang dapat mengikat dan
               menyatukan komitmen kita ke arah keberhasilan.


               Akhir Kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah serta terys
               bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi
               masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilah

               BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!





               DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12