Page 9 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 9
Kata-kata Aluan
Pengetua
Assalamualaikum WBT,
Bismillahirrahmanirrahim
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya pada tahun ini, saya diberi ruang dan
kesempatan untuk merakan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sebelum meneruskan bicara, saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli Sidang Redaksi E-Majalah Anjung
Sentosa 2020 kerana telah Berjaya menerbitkan majalah ini.
Alhamdulillah, berkat usaha gigih kerjasama semua pihak, SEBESTA telah banyak mengalami
perubahan dalam pelbagai bidang. Kejayaan ini merupakan hasil usaha pelbagai pihak dalam
mengekalkan dan meningkatkan pencapaian ini dari semasa ke semasa.
Dalam menghadapi era globalisasi ini, para pelajar perlu berusaha lebih gigih untuk melengkapkan
diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain itu, permuafakatan antara ibu bapa dan guru
merupakan tunjang penting bagi melahirkan kejayaan anak-anak. Oleh itu, para pelajar perlu
sentiasa aktif dari segi akademik dan kokurikulum untuk mejadi para pelajar yang berpengatahuan
dan berkeperibadian mulia demi menyahut cabaran dan wawasan negara.
Akhir kata, saya berharap agar semua warga SEBESTA terus melipat gandakan usaha untuk meraih
kejayaan dalam semua bidang. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang
terlibat secara lansung bagi menjayakan penerbitan E-Majalah Anjung Sentosa 2020 ini.
Sekian..Terima kasih
“Selamat Maju Jaya”
Tuan Raimi bin Ramli
Pengetua
SMK Bukit Sentosa

