Page 12 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 12
Kata- kata aluan Ketua Pengawas Pusat Sumber
Melayang sendiri
diatas permatang,
Merbah berkicau
dihujung muara.
Pemanis kata
selamat datang,
Awal bismillah
pembuka bicara.
Assalammualikum dan salam sejahtera saya ucapkan,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli
jawatankuasa Sidang Redaksi kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan e-
majalah pertama SEBESTA yang cukup bermakna bagi seluruh pelajar SEBESTA. Saya
juga ingin megucapkan jutaan terima kasih kepada Sidang Redaksi kerana memberi
peluang kepada saya untuk menitip sepatah dua kata sebagai Ketua Pengawas Pusat
Sumber Sekolah, SEBESTA.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru pengawas pusat
sumber saya terutamanya Puan Haniza Binti Jamal dan Puan Noraini Binti Md. Zin
serta rakan- rakan seperjuangan saya kerana memberikan kepercayaan kepada saya
untuk mengetuai tampuk pimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah pada sesi 2020.
Oleh itu, saya berusaha sedaya upaya saya bukan sahaja dari segi pemikiran malah
mental dan fizikal bagi memantapkan lagi kepimpinan pengawas Pusat Sumber
Sekolah. Saya berharap agar semua pengawas Pusat Sumber Sekolah akan
memberikan komitmen dan sinergi yang tinggi bagi mewujudkan lagi perpustakaan
yang terunggul dan terbilang.
Seperti yang sedia maklum, Pusat Sumber Sekolah merupakan sebuah bilik yang
memainkan perana utama sebagai pusat rujuk kepada pelajar dan guru di sekolah.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua pelajar SMK Bukit Sentosa agar
memanfaatkan segala kemudahan yang terdapat di dalam Pusat Sumber Sekolah
untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan membantu menjadikan SEBESTA sebagai
salah satu sekolah yang terunggul di mata-mata orang.
Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
seandainya ada keterlanjutan dan kesalahan saya menerajui barisan kepimpinan
sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2020. Saya berharap pada masa
akan datang Pengawas Pusat Sumber Sekolah mencurahkan idea-idea yang kreatif dan
inovatif dalam membina Pusat Sumber Sekolah yang cemerang dan gemilang. Sekian
terima kasih Ahmad Naim bin Salleh.

