Page 8 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 8

Kata-kata Aluan














                           PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU

                                                   SELANGOR
                   Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
                   Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dah inayah-Nya, saya diberi kesempatan
                   menitipkan kata-kata aluan untuk E-Majalah  bagi tahun 2020. Ucapan syabas dan tahniah kepada Ahli
                   Jawatankuasa Sidang Redaksi lantaran terlaksananya penerbitan majalah sekolah. Kejayaan ini merupakan
                   legasi tradisi sekolah yang signifikan. Menerusinya, kita dapat merakamkan pelbagai memori suka duka
                   dan pahit manis warga sekolah sepanjang tahun. Saya penuh yakin keutuhan semangat juang dan
                   dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlah dalam bidang akademik mahupun
                   sahsiah.

                   Kecermelangan yang telah dicapai oleh SMK Bukit Sentosa dalam semua bidang perlu diperkasakan agar
                   visi ini akan terlaksana sekiranya ada usaha penyatuan hati segenap dalam kalangan warga sekolah. Saya
                   berasa bangga dengan peningkatan pencapaian semasa sekolah dan berharap agar semua pihak dapat
                   berusaha untuk terus mencemerlangkan pada masa akan datang.

                   Sekolah merupakan satu institusi ampuh dalam membentuk modal insan cemerlang dan
                   berketerampilan. Kreativiti, inovasi dan potensi murid serta warga sekolah hendaklah sentiasa dijana
                   agar kemerlangan dalam semua bidang tercapai. Kemenjadian murid yang unggul berdasarkan
                   kompetensi individu dan bersahsiah mulia berupaya melahirkan modal insan berpekertimulia yang
                   bersifat holistik.

                   Akhir kata, saya yakin dan percaya warga SMK Bukit Sentosa akan terus berjuang bersunggu-sungguh
                   untuk melahirkan pelajar yang berpendidikan, kukuh jati diri, berakhlak tinggi dan bersemangat kental
                   demi memastikan SMK Bukit Sentosa sentiasa berada pada tahap kecemerlangan.
                   Sekian, terima kasih.

                   ‘SEHATI MENGUNGGULI PRESTASI’

                   ABU MANSOR BIN SATHRI
                   PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13