Page 11 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 11

Kata-kata aluan Ketua Pengawas Sekolah

   Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum dan selamat sejahtera,


   Terlebih dahulu setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi
   kerana telah berusaha keras menjayakan penerbitan Majalah sekolah 2020 yang dapat dijadikan
   wahana bagi mengimbau segala kenangan pahit dan manis. Saya turut berterima kasih keran diberi
   peluang dan membenarka n saya mencoretkan sepatah dua kata sebagai seorang Ketua Murid bagi
   sesi 2020 pada halaman ini.


   Pada kesempatan ini,  jutaan terima kasih saya ucapkan kepada barisan pentadbir serta para guru
   yang banyak memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada saya. Saya turut berbesar hati kerana diberi
   peluang dan kepercayaan oleh guru-guru pengawas untuk memimpin Badan Pengawas  SEBESTA
   yang merupakan satu organisasi penting dan disegani warga sekolah. Saya berada dalam badan
   pengawas selama lima tahun dan sepanjang tempoh itu, saya telah menerima banyak kata-kata
   semangat dan sokongan moral tidak kira sama ada daripada guru-guru mahupun rakan
   seperjuangan saya. Perkara ini memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk menerajui
   tampuk kepimpinan ini dan saya yakin bahawa pelajar di sekolah ini mampu memberikan impak
   yang positif kepada negara suatu hari kelak.


   Umum mengetahui sepanjang tahun 2020 ini kita telah dilanda krisis wabak Covid-19 yang
   meninggalkan kesan dari pelbagai sudut. Namun, saya memandang perkara ini pada sudut positif di
   mana kami pelajar SEBESTA khususnya mula menjalani norma baharu Pasca Wabak Covid-19. Saya
   beranggapan bahawa kami merupakan kumpulan pelajar yang istimewa kerana berpeluang
   merasai suasana pembelajaran baharu serta dapat menambah kemahiran teknologi melalui e-
   pendidikan yang telah diusahakan oleh ramai pihak termasuk guru-guru di SEBESTA. Tidak kira
   apa berlaku, pelajaran sentiasa diutamakan kerana ilmu yang dicurahkan amat ditagih dan boleh
   dijadikan bekal untuk melanjutkan pengajian ke universiti selain boleh diguna pakai apabila sudah
   dewasa. Saya turut berbangga dan amat berterima kasih kepada rakan-rakan kerana telah berjaya
   mematuhi ‘Standard Operation Procedur’ (SOP) dan sentiasa berdisiplin untuk memutuskan
   rangkaian virus ini. Melalui musibah ini saya mendapati bahawa semua warga SEBESTA
   sememangnya mempunyai semangat kerjasama yang tinggi,sikap bertolak ansur, dan prihatin
   antara satu sama lain tanpa mengira bangsa mahupun agama.

   Akhir kata, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi dan berdoa agar
   SMK Bukit Sentosa sentiasa melakar kecemerlangan dalam bidang akademik serta kokurikulum.
   Saya berharap agar warga sekolah ini menanam sikap sentiasa ingin maju ke depan seiring dengan
   putaran dunia yang kian hari kian mencabar. Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya untuk
   berkongsi serangkap pantun sebagai penutup kalam. Guru di sekolah membentuk jati diri, Penat
   dan lelah tidak peduli, Ucapan terima kasih tanda undur diri,
   Panjang umur bersua lagi. Sekian, terima kasih.

        UMAR WAFIY BIN MUHAMADZAN
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16