Page 23 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 23

MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021

            ARAHAN TETAP PENGETUA

            1.0       ARAHAN AM KEPADA GURU
               1.1     Guru hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
                       Kebangsaan, Etika Kementerian Pelajaran, Tonggak 12, PPPM dan Naratif Baharu
                       Amalan Pendidikan.
               1.2     Guru hendaklah bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi
                       Sekolah.
               1.3     Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif
                       Sekolah.
               1.4     Semua guru dikehendaki hadir lebih awal, sekurang-kurangnya 10 minit sebelum
                       waktu permulaan sekolah. Guru dikehendaki ‘punch card’ sewaktu datang, balik atau
                       semasa meninggalkan kawasan sekolah bagi sesuatu urusan berdasarkan surat
                       Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1981. Ia akan disemak oleh pihak pengurusan sebaik
                       sahaja loceng pertama dibunyikan.
               1.5     Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebagainya
                       hendaklah memberitahu pihak sekolah lebih awal dengan apa-apa cara sekalipun
                       atau sebelum bermulanya waktu pertama untuk tujuan menempatkan GURU GANTI,
                       bukan mendiamkan diri dan menyerahkan ‘CUTI SAKIT’ pada hari berikutnya.
               1.6     Guru yang datang lewat ke sekolah atau tidak datang langsung boleh dianggap
                       sebagai telah mengabaikan tugas dan tanggungjawab serta telah melanggar Etika
                       Perkhidmatan Perguruan dan tindakan tatatertib boleh diambil ke atasnya.
               1.7     Guru-guru dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan profesion perguruan
                       (RUJUK SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001-GARIS PANDUAN GURU KETIKA
                       BERTUGAS DI SEKOLAH).
               1.8     Semua guru dikehendaki memberi kerjasama menjayakan aktiviti-aktiviti rasmi yang
                       dianjurkan oleh pihak sekolah.
               1.9     Guru-guru dikehendaki berada di sekolah sepanjang hari persekolahan. Guru-guru
                       yang hendak keluar dari kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran Pengetua dan
                       mengisi Borang Permohonan Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu
                       Bekerja di bawah Perintah Am Bab G. Catatkan butiran dalam Buku Keluar - Masuk
                       dan dapatkan Slip Khas Kebenaran tersebut. Guru-guru perlu menyerahkan Slip Khas
                       Kebenaran tersebut kepada pihak pengawal keselamatan dan catatkan di dalam
                       buku keluar masuk pengawal keselamatan.
               1.10    Merokok adalah dilarang di kawasan sekolah. (Sila rujuk dan patuhi Surat Pekeliling
                       Ikhtisas Bil 5/1997).
               1.11    Guru-guru tidak dibenarkan membuat sebarang hubungan dengan pihak luar secara
                       lisan atau tulisan tanpa mendapatkan kelulusan Pengetua terlebih dahulu. Urusan
                       dengan pihak luar mestilah melalui Pengetua.
               1.12    Guru-guru dilarang melayan atau dilarang membuat sebarang urusan dengan
                       penjual/pembekal/kontraktor tanpa kebenaran Pengetua.
               1.13    Semua guru adalah Guru Disiplin dan perlu mengambil tindakan segera terhadap
                        murid-murid yang didapati melanggar peraturan di dalam atau di luar sekolah.
               1.14    Pada akhir semester/cuti penggal, semua tugas dan tanggungjawab hendaklah
                        disempurnakan. Semua kunci bilik khas/ kunci sekolah hendaklah dipulangkan
                       ke pejabat. Sebelum bercuti atau berpindah sekolah, semua urusan yang berkaitan
                       hendaklah diselesaikan terlebih dahulu.
               1.15    Guru-guru yang bertanggungjawab dalam pengurusan stok dan inventori hendaklah
                       sentiasa mengemaskini stok di bawah jagaannya. Verifikasi stok hendaklah
                       dijalankan sepertimana yang dijadualkan.
               1.16    Semua guru dikehendaki mematuhi Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1999  apabila
                       melengkapkan Buku Rekod/Fail Persedian Mengajar.
               1.17    Guru-guru tidak dibenarkan mengadakan apa-apa upacara atau majlis tanpa mendapat
                       kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.
               1.18    Semua aktiviti sekolah yang melibatkan murid keluar dari kawasan sekolah hendaklah

                                                         19

               Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28