Page 24 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 24

MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021

                       terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada ibubapa/penjaga.
               1.19    Guru mestilah mempunyai sikap proaktif, daya kreativiti dan berinovasi secara menyeluruh
                       dalam semua aspek.
               1.20    Semua guru kelas dikehendaki mengambil kehadiran / kedatangan muridnya pada setiap
                       hari persekolahan sebelum waktu kedua. Buku jadual kedatangan hendaklah sentiasa berada
                       di pejabat pentadbiran sekolah. Guru kelas hendaklah menghubungi ibu/bapa murid yang
                       tidak hadir secepat mungkin.
               1.21    Guru kelas dikehendaki sentiasa mengemaskini segala butiran yang terdapat dalam jadual
                       kedatangan murid dan sistem APDM . Penyelaras Tingkatan akan membuat semakan dari
                       semasa ke semasa.
               1.22    Perhimpunan pagi harian dan perhimpunan mingguan adalah upacara rasmi sekolah. Semua
                        guru  diwajibkan  hadir  di  tempat  yang  disediakan.  Telefon  bimbit  hendaklah
                       ‘dimatikan’/berada dalam mod senyap.
               1.23    Guru bertugas mingguan hendaklah mencatatkan segala aktiviti atau peristiwa yang berlaku
                       sepanjang minggu di dalam Buku Laporan Bertugas. Buku tersebut hendaklah ditulis dan
                       disimpan di pejabat sekolah setiap hari bagi tujuan pemantauan oleh pihak pengurusan
                       sekolah.
               1.24    Semua guru diharapkan dapat mematuhi segala arahan/peraturan bagi mewujudkan
                       suasana yang harmoni dan selesa. Adalah diharapkan semua guru dapat melahirkan budaya
                       kerja cemerlang bagi meningkatkan prestasi diri, sekolah, masyarakat dan negara.
               1.25    Guru-guru perlu memastikan kebersihan kelas terlebih dahulu sebelum memulakan
                       pengajaran.
               1.26    Guru tidak dibenarkan berurusan dengan individu-individu , kumpulan atau syarikat-syarikat
                       tertentu tanpa kebenaran daripada Pengetua.

               PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
               1.27    Guru-guru yang mengajar dikehendaki hadir tepat pada waktunya atau lebih awal apabila
                       pertukaran waktu berlaku. Keadaan ini membolehkan kelas berkenaan terus terkawal. Guru-
                       guru tidak dibenarkan mengarah murid-murid keluar untuk sesuatu tujuan yang bukan
                       berkaitan dengan pelajaran pada waktu pengajaran dan pembelajaran.
               1.28    Kelas mesti berada dalam suasana yang tenteram, baik dan terkawal sebelum pengajaran
                       dan pembelajaran bermula dan terus berkeadaan demikian sehingga tamat. Bertindak
                       dengan segera ke atas murid-murid  yang tidak memberi perhatian penuh, membuat bising,
                       menggangu murid lain dan merosakkan harta benda sekolah. Sikap membiarkan sahaja atau
                       tidak mengambil tahu adalah dianggap sebagai mengabaikan tanggungjawab dan menjadi
                       satu kesalahan tatatertib.
               1.29    Guru hendaklah bersikap adil kepada semua murid pada setiap masa dan ketika. Sikap pilih,
                       membenci atau mendiskriminasi murid-murid adalah tidak diterima disekolah ini dan
                       bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
               1.30    Jangan sesekali meninggalkan kelas, makmal atau bengkel tanpa diawasi, sekiranya tidak
                       dapat dielakkan, minta kerjasama guru di kelas sebelah atau guru-guru lain. Guru-guru
                       bengkel hendaklah sentiasa berhati-hati mengawasi murid-murid yang sedang bekerja.
                       Pastikan semua murid memakai pakaian bengkel dan sentiasa mematuhi langkah-langkah
                       keselamatan semasa berada di bengkel dan makmal.
               1.31    Apabila loceng  waktu  berakhir  dibunyikan,  guru-guru  yang  berada di  dalam  kelas,  makmal
                       dan  bengkel  hendaklah  mengarahkan  murid-murid  membersihkan  kelas  dan  beratur
                       sebelum membenarkan mereka bergerak balik. Jangan tamatkan kelas lebih awal daripada
                       sepatutnya atau membenarkan murid keluar sebelum loceng akhir dibunyikan.
               1.32    Memenuhi segala kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menggunakan sepenuhnya
                       kemahiran  dan pengalaman yang diperoleh semasa mengikuti latihan perguruan adalah
                       menjadi tugas dan tanggungjawab setiap guru. Ini bermakna setiap pengajaran hendaklah
                       dirancang supaya dapat memenuhi aspirasi murid-murid dan bukan dibuat sambil lewa
                       tanpa persediaan.
               1.33    Semua latihan dan gerak kerja bertulis yang diberi mestilah diperiksa dan diulas. Buku
                       Latihan, Buku Nota dan Buku Amali hendaklah dihantar ke pejabat secara bergilir-gilir
                       mengikut jadual untuk semakan Pengetua.

                                                           20

               Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29