Page 26 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 26

MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021

               4.2     Guru    kelas  bertanggungjawab  menjaga  keselamatan  dan  kesahihan  maklumat  dalam  Fail
                       Kedatangan. Butir-butir murid dan keterangan lain hendaklah dilengkapkan seperti;
                       a)     nama murid yang lengkap
                       b)     analisis dan statistik pada setiap bulan
                       c)     dan lain-lain yang diperlukan
               4.3     Kedatangan murid hendaklah diambil pada pagi setiap hari sebelum pukul 9.00 pagi. Murid-
                       murid tidak dibenarkan mengambilnya bagi pihak guru.
               4.4     Fail rekod analisis kedatangan  murid ni hendaklah sentiasa berada di pejabat.
               4.5     Bagi  mengawal  kedatangan  kedatangan  murid,  guru  kelas  hendaklah  mencatatkan
                       pergerakan murid di dalam buku Kawalan Kelas. Maklumat yang perlu dicatatkan oleh guru
                       mata pelajaran ialah;
                       a)     Tarikh
                       b)     Bilangan murid dalam kelas
                       c)     Bilangan murid yang hadir
               4.6     Pemantauan kehadiran/ ponteng murid mestilah dilakukan oleh penyelia dan guru
                       tingkatan.    Surat amaran ponteng dan buang mestilah dikeluarkan mengikut peraturan-
                       peraturan yang  sedia ada.

               5.0     WAKTU BERTUGAS DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH

               5.1     Semua hari berikut dikira sebagai hari bertugas kepada guru-guru.
                       a)     Masa  bertugas  guru  adalah  jam  7.20  pagi  sehingga  2.30    petang  (kecuali  dengan
                                     arahan Pengetua)
                       b)     Semua  hari  persekolahan  termasuk  persekolahan  ganti  kecuali  dengan  cuti  yang
               sah.
                       c)     Hari acara dan aktiviti rasmi sekolah.
                       d)     Apabila diarahkan hadir oleh Pengetua termasuk dalam cuti penggal persekolahan
                              dengan  syarat  jumlah  hari  yang  diminta hadir itu  tidak  melebihi  sepertiga  daripada
                              jumlah cuti persekolahan.
                       e)     Apabila diminta hadir ke majlis-majlis tertentu oleh PPD/JPN/BTPN
               5.2     Jadual waktu belajar mestilah dipatuhi seperti yang ditetapkan.
               5.3     Guru dikehendaki berada di sekolah 10 minit lebih awal sebelum sesi persekolahan bermula.
               5.4     Guru hendaklah “punch-card” semasa sampai dan waktu pulang.
               5.5     Guru yang tidak hadir ke sekolah hendaklah  memberitahu Pengetua secepat mungkin dan
                       sebaik-baiknya sebelum waktu pertama bermula supaya urusan untuk menggantikan tugas
                       guru itu dapat disediakan supaya kegiatan sekolah tidak terganggu. Surat doktor hendaklah
                       diserahkan ke pejabat dengan segera.
               5.6     Sistem Trafik light  kehadiran digunakan oleh pihak pentadbir bagi menangani kes-kes khas
                       dan bagi guru-guru yang lewat hadir bertugas.
               5.7     Guru tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusan perniagaan pada waktu persekolahan.
               5.8     Guru-guru  tidak  dibenarkan  berurusan  dengan  individu-individu,  kumpulan  atau  syarikat-
                       syarikat tertentu tanpa kebenaran daripada Pengetua.


               6.0     TIDAK HADIR BERTUGAS/ BERKURSUS/ MENJALANKAN TUGAS RASMI DI LUAR

               6.1     Guru  yang  tidak  dapat  hadir  untuk  bekerja  dikehendaki  memberitahu  Pengetua  dalam
                       keadaan berikut:
                       a)     Ketidakhadiran pada tarikh atau tarikh-tarikh diketahui terlebih dahulu, sama ada
                       sebab-sebab persendirian atau pihak yang meluluskan, hendaklah dimaklumkan
                       dengan segera sebelum hari yang terlibat itu.
                       b)     Ketidakhadiran cara mengejut, sekalipun mendapat Cuti Sakit hendaklah diberitahu
                              seberapa segera pada hari itu juga dengan apa-apa cara yang sesuai.
               6.2     Guru  yang  tidak  hadir  bekerja  bukan  disebabkan  Cuti  Sakit  atau  diarahkan  menghadiri
                       sesuatu mesyuarat, kursus dan sebagainya oleh pihak yang meluluskan, diminta
                       memohon cuti melalui sistem HRMIS Cuti.



                                                             22

               Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31