Page 28 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 28

MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021

               8.9     Guru  mata  pelajaran  hendaklah  membuat  post-mortem  setiap  ujian/  peperiksaan  untuk
                       mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh murid dan guru.
               8.10    Guru  perlulah  mahir  dalam  peraturan  Peperiksaan  SPM  terutama  perkara-perkara  bersabit
                       dengan syarat pemberian sijil supaya pengetahuan ini dapat disampaikan kepada murid.  Jika
                       ada keraguan, guru hendaklah bertanya kepada Setiausaha Peperiksaan.
               8.11    Murid  yang  tidak  hadir  untuk  ujian/  peperiksaan  tanpa  sebab  yang  dibenarkan  oleh
                       pentadbir sekolah, ditanda TH dan diberi markah 0.


               9.0     SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN

               9.1     Setiap  guru  di  sekolah  mestilah  mempunyai  sukatan  pelajaran/  DSKP  yang  sah  yang
                       dikeluarkan oleh Pendaftar (atau sebarang pegawai yang diwakili oleh Pengarah Pendidikan
                       Negeri) bagi mata pelajaran yang mana beliau bertanggungjawab.
               9.2     Sukatan pelajaran yang sah hendaklah diikuti serapi-rapinya oleh semua guru.
               9.3     Guru hendaklah mahir dengan syarat terkini mengenai peraturan peperiksaan., sukatan
                       pelajaran dan sebagainya bagi mencapai matlamat pengajaran yang maksimum. Guru-guru
                       yang  mempunyai  sebarang  keraguan  hendaklah  mendapat  nasihat  daripada  Guru  Kanan
                       Mata Pelajaran masing-masing.
               9.4     Rancangan  kerja  hendaklah  dibahagikan  dalam  dua  (2)  penggal  dan  disediakan  secara
                       mingguan untuk sepanjang tempoh sesi persekolahan.
               9.5     Sukatan pelajaran perlu diserta dengan Fail/ Buku Rekod Mengajar.
               9.6     Rancangan kerja bagi setiap mata pelajaran yang diajar hendaklah ditunjukkan diruang
                       tertentu dalam Fail/ Buku Rekod Mengajar.
               9.7     Guru Kanan Mata Pelajaran dengan kerjasama guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran
                       berkenaan akan menyusun rancangan pelajaran bagi semua tingkatan.



               10      FAIL/ BUKU REKOD DAN CATATAN PERSEDIAAN MENGAJAR

               10.1    Setiap  guru  di  sekolah  diwajibkan  mempunyai  Fail  /  Buku  Rancangan  Kerja  Harian  (Fail
               Rekod   Mengajar) yang selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran dan buku ini dijaga dengan
                       baik  serta  diserahkan  kepada  Pengetua  setiap  minggu  untuk  pemeriksaan  dan
                       ditandatangani oleh Pengetua atau wakilnya pada setiap hari Khamis.
               10.2    Setiap  guru  bertanggungjawab  terhadap  keselamatan  Fail  /Buku  Rekod  Mengajar.  Semua
                       butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.
               10.3    Fail/  Buku  Mengajar  adalah  hak  milik  sekolah  dan  hendaklah  diserahkan  ke  pejabat  pada
                       akhir tahun persekolahan atau apabila guru berkenaan berhenti bertugas di sekolah ini.
               10.4    Guru hendaklah membaca Pekeliling KP 256 di muka hadapan Buku Rekod Mengajar yang
                       diberi keterangan dan panduan mengenai tujuan buku tersebut.
               10.5    Guru  diingatkan  supaya  membuat    persediaan  mengajar  dengan  lancar  supaya  pelajaran
                       dapat disampaikan kepada murid dengan berkesan.
               10.6    Fail/ Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke bilik Pengetua pada setiap hari Khamis
                       sebelum pukul 2.00 petang. Rancangan kerja  hari Ahad minggu berikutnya hendaklah ditulis
                       pada hari Khamis minggu sebelumnya.
               10.7    Perkara-perkara  dalam  rancangan  kerja  mingguan  yang  tidak  dapat  disempurnakan  dalam
                       minggu tersebut hendaklah dicatat dalam ruangan harian.
               10.8    Fail/  Buku  Rekod  Mengajar  hendaklah  dijaga  dengan  baik  dan  bersih.  Semua  kertas
                       kenyataan lain hendaklah dikepilkan dengan kemas atau disimpan berasingan.
               10.9    Rancangan  dan huraian  kerja  hendaklah ditulis  selengkapnya  supaya  jelas  pelajaran  yang
                       hendak disampaikan kepada murid. Elakkan daripada menulis rancangan kerja yang terlalu
                       ringkas dan sukar difahami.
               10.10  Guru  yang  bercuti  (panjang),  fail/  buku  rekodnya  hendaklah  diserahkan  kepada  Guru
                       Penolong Kanan Pentadbiran untuk urusan guru pengganti.
               10.11  Setiap  akhir  tahun  persekolahan  Fail  Rekod  Mengajar  hendaklah  diserahkan  kepada
                       pejabat sekolah.
               10.12  Semua maklumat hendaklah lengkap berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/99.


                                                            24
               Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33