Page 25 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 25
MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021
PERATURAN KHUSUS DAN HURAIAN PAKAIAN GURU-GURU DI SEKOLAH - SPI BIL. 6/1985
Pakaian hendaklah bersesuaian melambangkan budi bahasa yang baik. Untuk meneruskan tradisi
pakaian yang sopan dan memenuhi etika pakaian, sekurang-kurangnya perkara yang berikut
hendaklah diambil perhatian oleh semua guru sekolah:
a) Mini skirt, pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian tertentu dan seluar pendek,
seluar jeans yang ketat dan bahagian hadapan yang terbuka jauh ke bawah tidak diterima.
b) Baju-baju Hawaii dan baju T yang beragam warna tidak sesuai.
c) Perhiasan muka atau make-up yang melampau adalah tidak sesuai.
d) Guru wajib memakai tanda nama setiap hari.
e) Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher/ blazzer pada waktu perhimpunan setiap minggu.
f) Pakaian bengkel tidak dibenarkan kecuali semasa amali.
g) Semua guru dikehendaki memakai baju batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis.
2.0 ACARA/ MAJLIS RASMI SEKOLAH/ MESYUARAT/ KURASUS DALAMAN
2.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/ majlis rasmi sekolah dan juga kursus
dalaman.
2.2 Guru yang tidak hadir perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada
Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.
3.0 PERINTAH AM BAB D 1993 SEKSYEN 19
3.1 Seorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara
lain;
a) Membuat apa-apa penyataan yang memudaratkan berkaitan dengan apa-apa
dasar, program atau keputusan kerajaan di atas apa-apa isu.
b) Memberi apa-apa maklumat fakta berhubung dengan jabatannya.
c) Memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan
berhubungan dengan jabatannya, dan dia juga boleh mengedar/ menyebarkan apa-
apa penyertaan, maklumat atau penjelasan, sama ada yang dibuat olehnya atau
mana- mana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebuh dahulu, sama
ada secara am atau khusus daripada Menteri yang bertanggungjawab bagi
Kementerian atau jabatan di mana dia sedang berkhidmat.
3.2 Selain daripada kebenaran Ketua Jabatan, seorang pegawai tidak boleh sama ada secara
lisan atau bertulis atau dengan apa cara lain, membuat apa-apa pernyataan awam yang
memudaratkan mana-mana dasar, program atau keputusan kerajaan atau yang boleh
memalukan kerajaan, atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan
mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau mengedar/ menyebar apa-apa
pernyataan sedemikian, sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.
3.3 Peraturan tidaklah terpakai bagi apa-apa pernyataan awam yang dibuat atau yang
diedarkan/ sebarkan jika kandungan pernyataan itu telah diluluskan oleh Menteri.
3.4 Bagi membuat peraturan itu, “Pernyataan Awam” termasuklah apa-apa pernyataan atau
ulasan yang dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi syarahan
awam atau ucapan awam atau mana-mana penyiaran melalui bunyi atau penglihatan atau
kedua-duanya.
3.5 Melainkan dengan kebenaran Ketua Jabatan, seseorang pegawai tidak boleh membincang
secara terbuka kepada awam tentang apa-apa langkah yang diambil oleh pegawainya
dengan lisan atau bertulis.
4.0 FAIL KEDATANGAN MURID (Attendence Registers)
4.1 Fail ini adalah dokumen rasmi yang penting dan haruslah bebas daripada sebarang
kesalahan. Dokumen mestilah dicetak daripada sistem APDM, KPM.
21
Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021

