Page 27 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 27

MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021

               6.3     Permohonan cuti hendaklah disempurnakan sebelum cuti diambil. Pengeculian boleh
                       dibenarkan atas sebab-sebab tergempar sahaja. Borang Cuti boleh diuruskan kemudian pada
                       hari pertama bertugas semula.
               6.4     Guru yang tidak hadir bekerja kerana sakit dan mendapat Sijil Sakit hendaklah menghabiskan
                       cutinya  di  hospital  atau  di  rumah,  melainkan  jika  ditetapkan  oleh  Pegawai  Perubatan
                       (Perintah Am Bab C)
               6.5     Guru-guru yang akan menghadiri mesyuarat, kursus, taklimat,  mengawas peperiksaan dan
                       tugas-tugas  rasmi  diluar  sekolah  pada  waktu  persekolahan  dikehendaki  mengisi  borang
                       tugasan luar sekolah dan menyerahkannya kepada Guru Penolong kanan.
               6.6     Guru yang mengetahui ketidakhadiran ke sekolah lebih awal dikehendaki meninggalkan
                       kerja bertulis untuk murid melalui Guru Penolong Kanan.
               6.7     Guru  yang  diberi  cuti  sakit  kerana  mendapat  rawatan  doktor  perlu  berehat.  Oleh  itu,  guru
                       tidak patut berada di tempat-tempat lain kecuali dii rumah.
               6.8     Guru yang memohon Cuti Rehat Khas perlu mengemukakan borang permohonan sekurang-
                       kurangnya lima hari sebelum bercuti untuk mendapatkan kelulusan. Cuti Rehat Khas (CRK)
                       bukanlah hak mutlak tetapi keistemewaan.


               7.0     KELUAR KAWASAN SEKOLAH PADA WAKTU BERTUGAS

               7.1     Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali jika
                       ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Kementerian Pendidikan, JPN
                       /PPD dan meminta kebenaran terlebih dahulu daripada Pengetua.
               7.2     Seseorang  guru  yang  hendak  meninggalkan  kawasan  sekolah  dalam  waktu  persekolahan
                       sama ada untuk sesuatu tempoh tertentu atau tidak kembali lagi ke sekolah pada hari
                       berkenaan  hendaklah  terlebih  dahulu  mendapat  kebenaran  Pengetua  dan  mengisi  Borang
                       Permohonan Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di bawah Perintah Am
                       Bab  G  sebelum  berbuat demikian.  Kebenaran  untuk  maksud  atau  tujuan  seperti itu  hanya
                       diberi atas sebab-sebab yang amat mustahak dan tidak dapat dielakkan sahaja.
               7.3     Seseorang  guru  yang  hendak  keluar  dari  kawasan  sekolah  semasa  waktu  persekolahan
               sama   ada atas urusan persendirian mahupun rasmi, setelah menerima kebenaran dan diluluskan
                       oleh Pengetua dikehendaki menyempurnakan butir-butir di dalam BUKU KELUAR MASUK
                       DALAM  WAKTU  BEKERJA  dan  menyerahkan  slip  tersebut  kepada  pengawal  bertugas
                       sebelum meninggalkan kawasan sekolah.


               8.0     PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

               8.1     Sila  lihat  jadual  ujian/  peperiksaan  sebagai  panduan.  Ujian  setara  perlu  diberi  pada  tarikh
                       yang ditetapkan dalam Takwim Sekolah.
               8.2     Tujuan ujian diadakan adalah untuk mengetahui pencapaian murid dalam matapelajarannya
                       dan  keputusan  ujian ini  haruslah  menjadi  panduan  kepada  guru  untuk  mengatur  pelajaran
                       selanjutnya kepada kelas/ murid masing-masing. Analisis apa yang diajarkan untuk menilai
                       keberkesanan pengajaran guru.
               8.3     Guru hendaklah membantu dan mengatasi kelemahan murid dalam mata pelajarannya dan
                       sebarang usaha hendaklah diikhtiarkan bagi mengatasi kelemahan itu. Kelas tambahan khas
                       boleh diadakan.
               8.4     Guru mata pelajaran dikehendaki menyediakan soalan ujian yang bermutu berdasarkan JSI
                       dan  memeriksa  kertas  jawapan  murid  bagi  kelas  yang  diajar.  Panitia-panitia  akan
                       menentukan penyediaan soalan. Ketua Bidang/ Ketua Panitia akan menyemak dan
                       mengesahkan soalan yang disediakan sebelum soalan-soalan diperbanyakkan.
               8.5     Guru  mata  pelajaran  hendaklah  berhati-hati  apabila  menyediakan  soalan-soalan  ujian
                       supaya soalan itu benar-benar menguji kebolehan murid.
               8.6     Setiap kertas soalan ujian/ peperiksaan hendaklah disemak dan ditandatangani oleh Ketua
                       Bidang/ Ketua Panitia.
               8.7     Keputusan ujian hendaklah dicatat dalam ruang tertentu di dalam buku rekod mengajar.
               8.8     Setiap keputusan ujian hendaklah diserahkan satu salinan kepada Pengetua,
                        Penolong Kanan -Pentadbiran dan Unit Peperiksaan dan Pentaksiran.

                                                             23
               Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32