Page 35 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 35

MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021


               31.6    CUTI URUSAN PENGKEBUMIAN KELUARGA TERDEKAT
               31.6.1  Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai
                       Cuti Tanpa Rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami, atau isteri, anak-anak, ibu,
                       bapa, bapa/ saudara  kandung dan ibu bapa mentua. Pengiraan cuti termasuklah hari rehat
                       dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

               31.7    CUTI UMRAH
               31.7.1  Penjawat  awam  bertaraf  tetap  dibenarkan  cuti  tanpa  rekod  untuk  menunaikan  umrah
                       maksimum  selama  tujuh  (7)  hari iaitu  sekali  dalam  tempoh  perkhidmatan  berkuatkuasa   1
                       Jan. 2018 (Pekeliling Bil. 3 Tahun 2017).

               31.8    CUTI KUARANTIN
                       Kemudahan  Cuti  Kuarantin  telah  diperuntukkan  di  bawah  Perintah  Am  24  Bab  C  (Cuti)
                       kepada  pegawai  yang  dalam  perjalanan  balik  ke  Malaysia  dari  luar  negara  yang  ditahan
                       dimana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan
                       terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh
                       mana-mana pihak berkuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit. Cuti yang
                       dibenarkan ialah sebanyak maksimum 5 hari.

                       PENGETUA,
                       SMK SUNGAI PASIR KECHIL
                       08000 SUNGAI PETANI KEDAH


































                                                             31

               Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40