Page 32 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 32
MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021
20.0 MELAKUKAN KERJA LUAR
20.1 Penjawat awam dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab D
seperti berikut:
a) Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
b) Dibenarkan dengan syarat:
i) Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/ pejabat.
ii) Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam.
iii) Tidak dengan apa-apa cara kecenderungan bercanggah dengan kepentingan
jabatan.
20.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan
tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79(1) dan
subseksyen 132 (g) dimana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 (RM Lima Puluh
Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya
sekali.
21.0 KEAHLIAN KELAB GURU DAN STAF
21.1 Semua guru dan staf secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Staf.
21.2 Semua guru dan staf dikehendaki bersama-sama menyokong dan memberi kerjasama yang
padu kepada semua aktiviti kelab.
21.3 Semua ahli diwajibkan membayar yuran keahlian kelab guru dan staf.
22.0 KES PONTENG SEKOLAH
22.1 Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran hendaklah menentukan semua murid (kecuali yang
sakit dan yang mendapat kebenaran khas) berada di dalam kelas pada waktu belajar. Murid-
murid yang ponteng sekolah hendaklah dilaporkan kepada Penolong Kanan HEM/ Guru
Disiplin.
22.2 Semua guru hendaklah memberikan kerjasama kepada guru tingkatan dalam menangani
perkara di atas.
22.3 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa surat doktor/ surat daripada penjaga
hendaklah dimaklumkan kepada penjaga.
22.4 Jika murid tidak hadir ke sekolah satu (1) atau dua (2) hari, guru tingkatan hendaklah
mengambil tahu sebab tidak hadir ke sekolah. Jika sebab yang diberikan oleh murid itu
menimbulkan keraguan, laporkan perkara ini kepada guru disipin untuk direkodkan.
22.5 Apabila murid-murid mengikuti mata pelajaran Amali Sains, Lukisan, Pendidikan Jasmani dan
Perpustakaan, guru berkenaan hendaklah memastikan murid-murid berjalan dengan tertib
semasa menuju ke tempat itu.
22.6 Setiap guru mata pelajaran yang masuk ke kelas hendaklah menentukan yang tiada seorang
murid pun meninggalkan kelas. Murid yang meningalkan kelas/ masuk lewat hendaklah
dilaporkan kepada guru disiplin.
22.7 Guru mata pelajaran yang masuk ke kelas boleh menghantar murid yang sakit ke hospital/
balik ke rumah jika perlu. Bagi murid perempuan, seorang teman harus ikut bersama.
Pengetua/ PK HEM harus diberitahu tentang murid yang dihantar balik.
23.0 ARAHAN PEKELILING
23.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pngetua hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
23.2 Sekiranya arahan dan pekelling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail
khas.
28
Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021

