Page 30 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 30

MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021

               14.3    Guru  tidak  dibenarkan  meninggalkan  kelas  untuk  sesuatu  tempoh  tertentu  dalam  masa
                       pengajarannya walaupun murid-muridnya diarahkan membuat kerja bagi mata
                       pelajarannya.
               14.4    Guru  dikehendaki  menggunakan  waktu  sepenuhnya  sewaktu  di  dalam  bilik  darjah  untuk
                       menyampaikan  pengajaran  dan  mengendalikan  gerak  kerja  pengajaran  dan  pembelajaran.
                       Setiap  guru  hendaklah  melibatkan  diri  bersama-sama  murid  sehingga  ke  akhir  waktu
                       pelajarannya. Amalan PAK21 dalm PdPc digalakkan.





               15.0    JADUAL WAKTU PENGAJARAN DI DALAM KELAS

               15.1    Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan Jadual waktu untuk dipamerkan dalam
                       kelas.
               15.2    Semua guru dikehendaki menyerahkan satu salinan Jadual Waktu kepada Penolong Kanan
                       Pentadbiran untuk fail sekolah dan rujukan.
               15.3    Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
               15.4    Guru memulakan pengajaran mengikut  masa seperti di dalam Jadual Waktu
               15.5    Pengajaran hendaklah berdasarkan persediaan mengajar yang ditulis.
               15.6    Bahan-bahan atau alatan bantuan mengajar (ABM) hendaklah digunakan semasa
                       pengajaran.
               15.7    Semasa  berada  di  dalam  kelas  ,  guru  hendaklah    fokus  kepada  aktiviti  pengajaran  dan
                       pembelajaran.
               15.8    Semasa berada di dalam kelas, guru hendaklah fokus dan mengaplikasikan kemahiran KBAT
                       dan PAK21 dengan berkesan.
               15.9    Pengajaran  dan  pembelajaran  yang  berkesan  dan  sempurna  adalah  mengikut  peruntukan
                       masa yang ditetapkan.

               16.0    JADUAL WAKTU MENGAJAR

               16.1    Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
               16.2    Guru  tidak  dibenarkan  mengubah  jadual  waktu  yang  telah  ditetapkan  tanpa  kebenaran
                       Pengetua.
               16.3    Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di
                       di dalam kelas masing-masing.

               17.0    TUGASAN GURU DALAM KELAS

               17.1    Elakkan  diri  daripada  duduk  ketika  mengajar.  Waktu  murid  menjalankan  urusan  kerja
                       bertulis, guru seharusnya berjalan disekeliling kelas atau mengawasi dan memberi bantuan
                       secara individu kepada murid-muird yang lemah yang memerlukan bantuan rapi. Guru Sains
                       atau Guru Bengkel yang mengajar di makmal atau bengkel janganlah meninggalkan makmal
                       atau bengkel ketika pelajaran atau kelas sedang dijalankan.
               17.2    Guru  Masa  Ganti  (Relief  Period)  hendaklah  memulakan  pengajaran  sebaik-baik  sahaja
                       berada di dalam kelas. Apabila seseorang guru dijadualkan mengambil alih guru yang tidak
                       hadir ke sekolah atau sesuatu sebab lain, guru ini hendaklah melaporkan diri dikelas yang
                       dijadualkan dan menyampaikan pengajaran dan bukan waktu bebas.
               17.3    Guru tidak dibenarkan memeriksa Buku Latihan, Buku Nota, Kertas Jawapan Peperiksaan/
                       Ujian  didalam  kelas  kecuali  bertujuan  untuk  memberi  pertolongan  kepada  murid-murid.
                       Pemeriksaan  buku-buku  itu  hendaklah  dilakukan  di  dalam  bilik  guru/  ketika  tiada  kelas.
                       Kertas jawapan peperiksaan SPM tidak dibenarkan diperiksa semasa waktu persekolahan.
               17.4    Untuk kerja bertulis, guru hendaklah selalu memberi kerja-kerja bertulis kepada   murid
                       sekurang-kurangnya  sekali  seminggu.  Kerja  bertulis  yang  secukupnya  patut  diberi  dalam
                       mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Teknologi, Sejarah, Pendidikan
                       Islam   dan Sains.



                                                              26
               Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35