Page 31 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 31

MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021

               17.5    Guru bertanggungjawab memeriksa semua kerja bertulis dan tugasan yang diberikan kepada
                       murid.  Guru  hendaklah  menandatangani  semua  ringkasan  atau  nota  yang  diberi  kepada
                       murid.
               17.6    Aktiviti  ulangkaji  pelajaran  sebelum  bermulanya  sesuatu  peperiksaan  hendaklah  dirancang
                       dangan rapi dan dicatatkan dalam Buku Rekod Mengajar. Guru tidak digalakkan untuk
                       membenarkan  murid-murid  mengadakan  ‘self  study’  di  dalam  kelas.  Mengulangkaji  adalah
                       satu aspek penting untuk meyediakan murid  menghadapi peperiksaan. Komik dan majalah
                       hiburan serta sebarang permainan seperti catur adalah dilarang.
               17.7    Guru hendaklah menggunakan kaedah pengajaran dan BBM yang berkesan kepada murid-
                       murid.
               17.8    Kemasukkan orang luar ke kawasan sekolah perlu dikawal. Pelawat-pelawat dilarang masuk
                       ke  kawasan  sekolah  kecuali  pelawat  yang  hadir  bersama-sama  Pengetua  dan  Penolong
                       Kanan. Para pelawat diminta untuk berurusan di pejabat sekolah.
               17.9    Guru-guru  yang    mengajar  pada  waktu  akhir  diminta  untuk  menyuraikan  murid-muridnya
                       dengan teratur dan tertib. Guru tidak dibenarkan melepaskan murid sebelum loceng waktu
                       akhir persekolahan dibunyikan.
               17.10  Guru-guru  dilarang  menggunakan  sebarang  denda  berat  (Corporal  Punishment)  ke  atas
                       murid-murid. Seseorang murid yang perlu tindakkan tatatertib hendaklah dibawa
                       kepengetahuan Pengetua/ Guru Disiplin.

               18.0    GURU BERTUGAS MINGGUAN

               18.1    Guru-guru perlu menjalankan tugas sebagai Guru Bertugas Mingguan mengikut takwim yang
                       ditetapkan.
               18.2    Ketua  Guru  Bertugas  hendaklah  mengadakan  perbincangan  bagi  menentukan  tugas  ahli
                       kumpulannya.
               18.3    Guru  hendaklah  memastikan  murid-murid  berada  di  tapak  perhimpunan  tepat  pada
                       masanya.
               18.4    Guru  hendaklah  membantu  Guru  Disiplin  untuk  memastikan  wujudnya  disiplin  yang  baik
                       dalam kalangan murid. Guru-guru Bertugas Mingguan perlu memastikan:
                       a)     Para murid mematuhi peraturan sekolah.
                       b)     Para murid mematuhi peraturan kantin.
                       c)     Murid tiba di sekolah tepat pada waktunya.
                       d)     Tiada murid yang merayau-rayau tanpa tujuan.
               18.5    Menguruskan masalah murid yang sakit dan merekodkan ke dalam Buku Laporan Bertugas.
               18.6    Melakukan Spot Check sekurang-kurangnya dua (2) kelas setiap minggu.
               18.7    Berada  di  tempat  perhimpunan  untuk  mengawasi  dan  memantau  murid  agar  tidak
                       membuat bising semasa perhimpunan.


               19.0    PERHIMPUNAN RASMI DAN HARIAN

               19.1    Perhimpunan  Rasmi  mingguan  akan  diadakan  pada  jam  7.30  pagi  mengikut  ketetapan
                       berikut :
                       i.     Perhimpunan Rasmi pada setiap hari Isnin (Minggu pertama (1) setiap bulan).
                       ii.    Perhimpunan Bulanan Kokurikulum pada hari Rabu (Minggu ke tiga (3) setiap bulan)
                       iii.   Mento Mentee/ Aktiviti Sahsiah (Isnin minggu kedua setiap bulan).
                       iv.    Perhimpunan Bestari (Isnin minggu pertama (1) setiap bulan).
               19.2    Semua guru diwajibkan hadir dan berada di atas pentas kecuali beberapa orang guru disiplin
                       dan guru bertugas mingguan untuk  mengawal murid. Kehadiran guru akan diambil.
               19.3    Semua  guru  lelaki  hendaklah  memakai  tali  leher  dan  baju  kemeja  berlengan  panjang
                       (pemakaian kor/blazer adalah digalakkan).
               19.4    Telefon bimbit hendaklah “dimatikan” atau diletakkan dalam mod senyap.
               19.5    Guru diminta memberi tumpuan sepenuhnya semasa perhimpunan dan dilarang berbual- bual
                        atau bermain telefon bimbit.



                                                             27

               Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36