Page 33 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 33

MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021

               24.0    KUNCI

               24.1    Semua  kunci  mesti  disimpan  di  pejabat.  Guru  yang  mengambil  kunci  hendaklah
                       merekodkannya ke dalam Buku Rekod pergerakan kunci pejabat.
               24.2    Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik khas mesti mendapat kebenaran
                       daripada Pengetua dan mendaftarkan nama ke dalam buku khas di pejabat.

               25.0    TELEFON

               25.1    Penggunaan  telefon  sekolah  hanyalah  untuk  urusan  rasmi  sahaja.  Guru  atau  staf  sekolah
                       tidak dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi.
               25.2    Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa semasa PdPc di dalam bilik darjah dan
                       semasa mesyuarat.

               26.0    BUKU STOK/ INVENTORI

               26.1    Ketua Panitia, Ketua Bengkel, Ketua Unit bertanggungjawab menguruskan buku stok/
                       inventori  dan memastikan maklumat dalam buku stok/ inventori adalah tepat, lengkap dan
                       sentiasa kemaskini (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan
                       dengan serta merta).
               26.2    Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Pembantu Tadbir dan Juruteknik akan menyemak buku
                       stok/ inventori ini dari smasa ke semasa dan dihantar ke pejabat pada hujung tahun untuk
                       disahkan oleh Pengetua.

               27.0    URUSAN DENGAN KPM/ JPN/ PPD

               27.1    Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Kementerian Pendidikan, Jabatan
                       Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika
                       diarahkan berbuat demikian.

           28.0 TUGAS GURU

               28.1    Tugas  guru  diberikan  dalam  bidang  Kurikulum,  Kokurikulum,  HEM  dan  juga  pentadbiran.
                       Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedIkasi dan tanggungjawab.
               28.2    Sekiranya  guru  dikehendaki  menghadiri  Mesyuarat  di  KPM,  JPN.  PPD  atau  sekolah  lain
                       hendaklah  dipatuhi.  Guru  yang  ditugaskan  tidak  boleh  mengarahkan  guru  lain
                       melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.
               28.3    Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai
                       hendaklah dikemukakan  kepada  Pengetua  dengan  menggunakan  borang  khas  yang  boleh
                       diperoleh di pejabat.
               28.4    Guru  yang  mewakili  sekolah  ke  sesuatu  kursus,  seminar dan  seumpamanya,  apabila balik
                       ke  sekolah,  hendaklah  menjalankan  kursus  dalaman  kepada  guru  dengan  memaklumkan
                       kepada Pengetua/ GPK tarikh dan masa pelaksanaannya.
               28.5    Guru yang melaksanakan tugas rasmi diluar, hendaklah menyediakan bahan tugasan
                       bertulis  untuk  murid  dan  memaklumkannya  kepada  Guru  Kanan  Mata  Pelajaran  masing-
                       masing.

               29.0    KEBERSIHAN

               29.1    Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid
                       hendaklah  disediakan  oleh  guru  tingkatan  untuk  kelas  masing-masing.  Alat-alat
                       membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.
               29.2    Guru Kanan Mata Pelajaran/ ketua Panitia dan mana-mana guru yang mempunyai bilik khas/
                       tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal sains dan lain-lain) bertanggungjawab untuk
                       menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
               29.3    Semua  guru,  staf  sokongan  dan  murid  bersama-sama  bertanggungjawab  terhadap
                       kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah.


                                                             29
               Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38