Page 34 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 34
MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021
30.0 BILIK GURU
30.1 Guru hendaklah berada dibilk guru/bengkel semasa tidak mengajar di kelas. Masa
tersebut dianggap ‘non teaching-period’ dan bukannya ‘free period’. Masa tersebut
sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur
perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.
30.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan
suasana yang harmoni dan tidak menggangu guru lain.
30.3 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di Bilik Guru.
30.4 Kebersihan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungkawab semua guru
termasuklah keselamatan harta benda yang terdapat di dalam Bilik Guru.
30.5 Guru yang terakhir meninggalkan Bilik Guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu
dan pendingin hawa telah tutup.
31.0 CUTI
Mengikut surat Pekeliling Kementerian KP (PP) 0046.SJ/a (30) bertarikh 24 Disember 1993,
guru berkelayakan mendapatkan cuti penggal sekolah untuk untuk menggantikan cuti rehat
tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi satu pertiga daripada
jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar
biasa.
31.1 CUTI REHAT KHAS (CRK)
31.1.1 Cuti Rehat Khas (CRK) sepuluh hari (10) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendiidkan, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 tahun 2017.
31.1.2 Cutu Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi
dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai
yang layak.
31.1.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.
31.1.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak mejejaskan keberkesanan
pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
31.1.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dalam
tahun berkenaan (Rujuk Perintah AM 1 (Bab C).
31.2 CUTI SAKIT
31.2.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi 15 hari berturut-turut hendaklah
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
31.2.2 Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun.
31.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke JPN dan Kementerian Pendidikan.
31.3 CUTI KE LUAR NEGARA
31.3.1 Semua guru yang bercuti ke luar negara mestilah mendapat kelulusan. SIla isi borang
permohonan yang ada dipejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
31.4 CUTI KHAS ISTERI BERSALIN
31.4.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada anggota perkhidmatan
awam lelaki. Pengiraannya termasuklah semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini
dihadkan kepada lima (5) kali tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
31.5 CUTI TANPA REKOD
31.5.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti ganti kerana bekerja lebih masa, cuti latihan
pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan, latihan
syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengmbil
bahagian dalam sukan atau tugas perubatan.
30
Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021

