Page 63 - Pertandingan Buku Skrap BM
P. 63
Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa
generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu
sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di
Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai
pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan
tersendiri.Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50
peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan
orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan
mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu
pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam.
Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis makanan yang diperkenalkan oleh pelbagai jenis kaum.
Oleh itu, negara ini kaya dengan makanan tradisional yang masih popular sehingga kini.

