Page 21 - MODUL AMPUTASI
P. 21
Bosu Head Twists
Duduk pada bosu dan seimbangkan badan
dengan tangan berada pada pangkuan. Pusing
kepala ke kiri ke kanan dengan perlahan-lahan.
Kemudian dongakkan kepala dan tunduk
perlahan-perlahan. Ulang. Pastikan kedudukan
badan adalh lurus semasa senaman ini. Jangan
gunakan kaki untuk berpijak pada lantai
semasa menyeimbangkan badan. Lakukan
sekurang-kurangnya 2 kali sehari selam 30
minit.
Gambar 27 Bosu Head Twists
Bosu Ball Exercises
Duduk pada bosu dan seimbangkan badan
dengan tegak. Pegang bola pada tangan.
1. Mulakan dengan posisi bawah. Angkat bola
ke atas kepala, tahan dan kembali ke
kedudukan mula dengan perlahan-lahan.
Ulang sebanyak 3 kali.
2. Mulakan dengan pegang bola ke sisi, angkat
tangan kesisi ke atas kepala, tahan dan
kembali ke kedudukan asal. Ulang untuk
kedua-dua sisi. Ulang sebanyak 3 kali.
3. Mulakan dengan bola didepan dada,
pusingkan badan ke kiri dan kanan sambal
mengekalkan kedudukan badan yang tegak.
Ulang sebanyak 3 kali.
4. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari
selam 30 minit.
Gambar 28 Bosu Ball Exercises
21

