Page 48 - buku teks f4 kssm
P. 48

3.1
                                   Struktur Membran Plasma


                                   Keperluan pergerakan bahan merentasi
                                   membran plasma


                                   Sel hidup memerlukan bahan dari persekitaran luar untuk menjalankan
                                   proses hidup. Pada masa yang sama, proses metabolik dalam sel
                                   menghasilkan bahan buangan yang perlu disingkirkan daripada sel.
                                   Apakah bahan-bahan keperluan sel dan bahan-bahan buangan daripada
                                   sel? Bagaimanakah bahan-bahan ini bergerak masuk dan keluar sel?
                TMK 3.1
                                   Bagi meneruskan proses hidup, sel mesti membenarkan sesetengah
                  Aktiviti:
            Membincangkan keperluan   bahan masuk dan keluar dari sel. Pergerakan bahan masuk dan keluar
           pergerakan bahan merentasi   sel dikawal atur oleh membran plasma. Sebelum anda mempelajari
               membran plasma      bagaimana bahan merentas membran plasma, marilah kita melihat
                                   struktur membran plasma terlebih dahulu.
               Zon Aktiviti
             Lukiskan model        Struktur membran plasma
             membran plasma        Dalam Bab 2, anda telah mempelajari bahawa setiap sel diselaputi oleh
             dengan komponen       satu membran plasma yang nipis, yang memisahkan sel hidup daripada
             yang berkaitan.
                                   persekitarannya.
                                   Mengikut model mozek bendalir, membran plasma terdiri daripada
                                   fosfolipid dan protein yang tersebar dan terselit ke dalam dwilapisan
                                   fosfolipid. Rajah 3.1 menunjukkan model mozek bendalir
                                   membran plasma.


                      kepala berkutub yang bersifat hidrofilik

                      ekor tak berkutub yang bersifat hidrofobik
                                                        Luar sel      glikoprotein
                               protein
                               pembawa   kolesterol      glikolipid
                                                                                           protein
                                                                             liang         liang


                                                                                            fosfolipid
           dwilapisan
           fosfolipid
                                                     Sitoplasma



                               RAJAH 3.1  Model mozek bendalir membran plasma








            46                                                                  3.1.1  3.1.2  3.1.3
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53