Page 49 - buku teks f4 kssm
P. 49
BAB 3 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Setiap molekul fosfolipid terdiri daripada: Lensa Biologi
• bahagian kepala berkutub yang bersifat hidrofilik Terdapat banyak
(tertarik kepada air) model membran
• bahagian ekor tak berkutub yang bersifat hidrofobik plasma yang
(tidak tertarik kepada air) dikemukakan
oleh para saintis.
Bahagian kepala molekul fosfolipid di lapisan luar menghala ke arah Namun model
bendalir di persekitaran luar sementara bahagian kepala fosfolipid mozek bendalir
lapisan dalam menghala ke arah sitoplasma. Bahagian ekor molekul yang dikemukan
fosfolipid kedua-dua lapisan menghadap satu sama lain. oleh, S. J. Singer
dan G. L. Nicholson
Terdapat pelbagai jenis molekul protein yang terbenam sama ada pada tahun 1972
separa atau sepenuhnya di dalam membran. Molekul-molekul protein merupakan model
ini tersebar secara meluas di antara dwilapisan fosfolipid. Molekul yang diterima oleh
protein yang membentuk liang atau terusan disebut protein liang ahli sains pada
hari ini.
manakala molekul protein yang berfungsi sebagai pembawa disebut
protein pembawa.
molekul
protein liang protein pembawa
RAJAH 3.2 Model protein pembawa dan protein liang
Sesetengah protein dan lipid mengandungi rantai karbohidrat
terlekat padanya dan disebut glikoprotein dan glikolipid (Rajah 3.1).
Glikoprotein dan glikolipid bertindak sebagai molekul reseptor untuk
hormon seperti insulin, menstabilkan membran dengan membentuk
ikatan hidrogen bersama air dan bertindak sebagai antigen bagi
membolehkan pengenalpastian sel.
Terdapat molekul kolesterol di antara molekul fosfolipid (Rajah 3.1).
Kolesterol menjadikan dwilapisan kuat, lebih fleksibel dan kurang
telap kepada bahan larut air seperti ion. Menurut model mozek
bendalir, dwilapisan fosfolipid, protein, dan kolesterol tidak statik
tetapi membentuk satu struktur yang dinamik dan fleksibel. Molekul
protein terapung dalam dwilapisan fosfolipid membentuk satu
RAJAH 3.1 Model mozek bendalir membran plasma
corak mozek yang sentiasa berubah-ubah. Sifat ini menyebabkan
membran plasma mempunyai sifat ‘bendalir’. Kebendaliran membran
menjadikan sel lebih fleksibel.
3.1.2 3.1.3 47

