Page 50 - buku teks f4 kssm
P. 50

Kerjaya Milenia
                                   Sifat ketelapan membran plasma
             Ahli biokimia yang
             pakar dalam bidang
             biologi molekul dan   Sesuatu membran dikatakan telap kepada sesuatu bahan sekiranya
             sel boleh bekerja     membran tersebut   membenarkan bahan itu bergerak merentasinya
             dalam industri        secara bebas. Sebaliknya, membran dikatakan tidak telap sekiranya
             farmaseutikal,        sesuatu bahan tidak berupaya merentasinya. Membran plasma adalah
             bioteknologi dan      membran yang bersifat separa telap. Apakah yang dimaksudkan
             forensik.             dengan membran separa telap?  Membran separa telap hanya
                                   membenarkan pergerakan bebas sesetengah molekul merentasinya dan
                                   menghalang atau mengehadkan pergerakan molekul yang lain.
                                   Membran plasma mempunyai sifat separa telap disebabkan struktur
                                   binaannya iaitu lapisan fosfolipid dan protein menentukan ciri
                                   ketelapan membran terhadap bahan-bahan tertentu. Kita akan
                                   mempelajari ciri-ciri bahan yang dapat merentasi membran plasma
                                   dalam unit selanjutnya.




                                    Praktis Formatif      3.1

                                       1  Apakah dua komponen utama membran plasma?
                                        Bagaimanakah kedua-dua komponen ini tersusun dalam
                 TMK 3.2                membran plasma?
                Video: Model           2  Ramalkan apa yang akan berlaku kepada membran plasma
                mozek bendalir          sekiranya tiada kolesterol.
               membran plasma        K4


































            48                                                                               3.1.4
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55