Page 63 - buku teks f4 kssm
P. 63
Aktiviti 3.3 Aktiviti 2.1 Mengkaji kesan larutan hipotonik, hipertonik
dan isotonik terhadap sel haiwan Eksperimen
Pernyataan masalah
Apakah kesan larutan yang berlainan kepekatan terhadap sel haiwan?
Hipotesis
Kepekatan yang berlainan boleh menyebabkan sel haiwan meletus, mengecut atau kekal
bentuk normal
Pemboleh ubah
Dimanipulasikan: Kepekatan larutan persekitaran
Bergerak balas: Keadaan sel darah ayam
Dimalarkan: Suhu persekitaran dan isipadu larutan
Bahan
Darah ayam segar, larutan natrium klorida 0.15 M dan 0.50 M, kertas turas dan air suling
Radas
Mikroskop cahaya, slaid dan kaca penutup
Prosedur
1 Sediakan empat slaid dan labelkan A, B, C dan D.
2 Titiskan setitis darah ayam ke atas slaid A dan tutup slaid dengan kaca penutup.
3 Perhatikan bentuk sel darah merah menerusi mikroskop cahaya.
4 Titiskan setitis air suling ke atas slaid B dan tutup slaid dengan kaca penutup.
5 Letak setitik darah di tepi kaca penutup supaya darah tertarik ke bawah kaca penutup
dengan meletak kertas turas pada hujung kaca penutup yang bertentangan.
6 Perhatikan slaid menerusi mikroskop cahaya dan lukis bentuk sel darah merah dalam
jadual di bawah.
7 Ulang langkah 4 hingga 6 dengan menggantikan air suling dengan larutan natrium klorida
0.15 M (slaid C) dan larutan natrium klorida 0.50 M (slaid D).
Slaid Pemerhatian Lukisan berlabel keadaan sel
A (sel darah merah)
B (sel darah merah dalam air suling)
(sel darah merah dalam larutan
C
natrium klorida 0.15 M)
(sel darah merah dalam larutan
D
natrium klorida 0.50 M)
Prosedur
1 Bincang dan terangkan keputusan yang diperolehi bagi setiap slaid.
2 Larutan yang manakah merupakan larutan hipotonik, hipertonik atau isotonik kepada sel
darah merah?
3 Apakah yang berlaku kepada sel darah merah dalam slaid B and D?
Kesimpulan
Apakah kesimpulan untuk pemerhatian ini?
3.3.4 61

