Page 67 - buku teks f4 kssm
P. 67
BAB 3 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
3.4 Pergerakan Bahan Merentasi
Membran Plasma dalam
Kehidupan Harian
Anda pasti pernah makan jeruk, ikan masin dan buah-buahan yang
ditinkan. Bagaimanakah konsep osmosis dan resapan diaplikasikan
dalam pengawetan makanan?
Anda juga boleh mengaplikasikan konsep pergerakan
TMK 3.4 bahan merentasi membran plasma
dengan menjalankan aktiviti
Aktiviti: Mengaplikasikan
konsep pergerakan bahan dalam TMK 3.4. Bagaimanakah jeruk
merentasi membran plasma dihasilkan? Apakah
tujuan merendam
buah-buahan dalam
larutan cuka dan
gula yang pekat?
Makanan seperti buah-
Apakah konsep buahan diawet dengan cara
yang diaplikasikan merendam dalam larutan
dalam pembuatan gula berkepekatan 40%.
ikan masin? Bagaimanakah langkah
ini menghalang kerosakan
akibat tindakan bakteria?
Fenomena kelayuan tumbuhan
Sekiranya pembajaan berlebihan dilakukan, tumbuhan akan
mengalami kelayuan. Baja larut dalam air tanah menyebabkan air
tanah menjadi hipertonik terhadap sap sel akar. Akibatnya, air akan
meresap keluar secara osmosis dari sap sel akar ke dalam tanah
dan sel akan mengalami plasmolisis. Sel dalam tumbuhan akan
pulih semula apabila disiram air. Akan tetapi, sekiranya tempoh
plasmolisis adalah panjang, tumbuhan yang
layu akhirnya akan mati.
Tumbuhan segah dan tumbuhan layu
3.4.2 65

