Page 64 - buku teks f4 kssm
P. 64

Aktiviti 3.4        Aktiviti 2.1  Mengkaji kesan larutan hipotonik, hipertonik

                                   dan isotonik terhadap sel tumbuhan                  Eksperimen

             Pernyataan masalah
             Apakah kesan larutan yang berlainan kepekatan terhadap sel tumbuhan?

             Hipotesis
             Kepekatan yang berlainan boleh menyebabkan sel tumbuhan menjadi segah, flasid atau
             mengecut (plasmolisis).

             Pemboleh ubah
             Dimanipulasikan: Kepekatan larutan persekitaran
             Bergerak balas: Keadaan sel tumbuhan
             Dimalarkan: Suhu persekitaran dan isipadu larutan

             Bahan
             Larutan sukrosa 0.50 M dan 1.0 M, air suling, kertas turas dan bawang besar

             Radas
             Mikroskop cahaya, slaid kaca, kaca penutup, pisau kecil, jarum tenggek dan forsep

             Prosedur
               1  Sediakan empat slaid dan labelkan A, B, C dan D.
               2  Kupil lapisan nipis epidermis daun sisik bawang dan letakkan di dalam setitis air suling di
                 atas slaid A. Tutup dengan kaca penutup.
               3  Perhatikan  sel epidermis daun sisik bawang menerusi mikroskop. Lukis dan label
                 pemerhatian anda.
               4  Kupil satu lagi lapisan nipis epidermis daun sisik bawang dan letakkan di atas slaid B dan
                 tutup dengan kaca penutup.Titiskan setitis larutan sukrosa 0.50 M pada satu sisi kaca
                 penutup dan alirkan larutan dengan memegang kertas turas pada sisi bertentangan.
                 Perhatikan sel epidermis menerusi mikroskop dan lukis serta label pemerhatian anda.
               5  Ulang Langkah 4 dengan menggantikan larutan sukrosa 0.50 M dengan larutan sukrosa
                 1.0 M (slaid C).
               6  Pindahkan sel epidermis yang direndam di dalam larutan sukrosa 1.0 M (slaid C) ke
                 dalam setitis air suling (slaid D). Perhatikan sel menerusi mikroskop. Lukis dan label
                 pemerhatian anda.

             Keputusan
                           Slaid                  Pemerhatian     Lukisan berlabel keadaan sel
               A  (air suling)

               B  (larutan sukrosa 0.5 M)

               C  (larutan sukrosa 1.0 M)

                  (sel slaid C dipindah ke dalam
               D
                  setitis air suling)


            62                                                                                3.3.4
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69