Page 65 - buku teks f4 kssm
P. 65
BAB 3 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Perbincangan
1 Bincang dan terangkan keputusan yang diperolehi bagi setiap slaid.
2 Larutan yang manakah merupakan larutan hipotonik, hipertonik atau isotonik kepada sel
tumbuhan?
3 Apakah yang berlaku kepada sel tumbuhan dalam slaid B and D?
Kesimpulan
Apakah kesimpulan untuk pemerhatian ini?
Aktiviti 3.5 Aktiviti 2.1 Mengkaji dan menentukan kepekatan larutan
luar yang isotonik dengan sap sel tumbuhan Eksperimen
Pernyataan masalah
Apakah kepekatan larutan luar sel yang isotonik terhadap sap sel ubi kentang?
Hipotesis
Kepekatan larutan 0.43 M yang isotonik kepada sap sel tumbuhan tidak mempunyai kesan
terhadap jisim sel tumbuhan.
Pemboleh ubah
Dimanipulasikan: Kepekatan larutan sukrosa
Bergerak balas: Perubahan jisim silinder ubi kentang
Dimalarkan: Tempoh masa rendaman, suhu persekitaran dan masa
Bahan
Ubi kentang, air suling, larutan sukrosa 0.1 M, 0.2 M, 0.3 M, 0.4 M, 0.5 M, 0.6 M dan kertas tisu
Radas
Piring petri, penebuk gabus, pisau, forseps, pembaris, bikar 50 ml, silinder penyukat dan
penimbang elektronik
Prosedur Perhatian!
1 Tujuh piring petri disediakan dan dilabel A, B, C, D, E, F dan G. Jangan pegang ubi
2 Setiap bikar diisi dengan larutan berikut: kentang dengan
Bikar A: air suling Bikar E: 0.4 M larutan sukrosa tangan semasa
memotongnya.
Bikar B: 0.1 M larutan sukrosa Bikar F: 0.5 M larutan sukrosa Sebaiknya, guna
Bikar C: 0.2 M larutan sukrosa Bikar G: 0.6 M larutan sukrosa papan canai
Bikar D: 0.3 M larutan sukrosa sebagai alas.
3 Satu penebuk gabus bersaiz sederhana ditekan masuk ke dalam
sebiji ubi kentang.
4 Silinder ubi kentang dikeluarkan daripada penebuk gabus.
5 Kemudian, silinder ubi kentang dipotong sepanjang 50 mm.
6 Langkah 3 hingga 5 diulangi untuk menyediakan 6 silinder ubi kentang yang sama
panjang.
3.4.1 63

