Page 66 - buku teks f4 kssm
P. 66

7  Setiap silinder ubi kentang dilap dengan kertas tisu dan ditimbang untuk mendapatkan
                jisim awalnya.
               8  Larutan dari bikar A hingga G dituangkan ke dalam piring petri berlabel A hingga G. Setiap
                silinder ubi kentang direndam di dalam piring petri.
               9  Selepas direndam selama 1 jam, setiap silinder ubi kentang dikeluarkan dari piring
                petri masing-masing dan dilap. Setiap silinder ubi kentang ditimbang semula untuk
                mendapatkan jisim akhir.
              10  Keputusan direkodkan. Graf peratus perubahan jisim lawan kepekatan larutan
                sukrosa dilukis.
             Keputusan

                                 Jisim silinder ubi
               Larutan   Bikar     kentang (g)     Perubahan jisim (g)  Peratus perubahan  Tekstur dan
                                                                        jisim (%)      keadaan
                               Jisim awal Jisim akhir
             Air suling    A
             0.1 M larutan
             sukrosa       B


             Perbincangan
               1  Apakah tekstur dan keadaan silinder ubi kentang selepas direndam dalam larutan sukrosa
                yang berlainan kepekatan?
               2  Bagaimanakah anda menentukan kepekatan larutan sukrosa yang isotonik terhadap sap
                sel ubi kentang dari graf anda?
               3  Berdasarkan eksperimen, bincang proses osmosis dalam pelbagai kepekatan larutan
                sukrosa.

             Kesimpulan
             Beri satu kesimpulan yang sesuai untuk eksperimen.









            Praktis Formatif      3.3

               1  Terangkan apa yang akan berlaku kepada sel-sel berikut apabila direndam di dalam larutan
                 yang berkepekatan zat terlarut lebih tinggi daripada kandungan dalam sel:
                 (a)  sel darah merah, dan
                 (b)  sel tumbuhan
               2  Berdasarkan konsep osmosis, jelaskan situasi di bawah:
                (a)  Mengapakah penjual buah-buahan dan penjual sayur sentiasa menyembur air pada
             K3
                    buah-buahan dan sayur-sayuran?
                (b)  Sekiranya gula ditaburkan ke atas buah strawberi, kenapa jus terkeluar daripada buah?


            64                                                                                3.4.1
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71