Page 68 - buku teks f4 kssm
P. 68

Konsep pergerakan bahan merentasi membran plasma mempunyai pelbagai
           aplikasi dalam kehidupan harian kita seperti contoh-contoh berikut.


           Minuman penghidratan semula seperti           Larutan saline yang digunakan dalam
           garam penghidratan oral dapat                 perubatan lazimnya merupakan larutan
           mengembalikan kehilangan                      isotonik terhadap plasma darah. Larutan
           air dan elektrolit dalam                      saline mengandungi 0.85 –0.90 g natrium
           pesakit cirit-birit.                          klorida per 100 ml.




                                                                                ubat yang tidak larut
                                                                                dalam air diangkut di
                                                                                kawasan hidrofobik
                                   Minuman isotonik
                                   bagi atlet dapat                              ubat yang larut
                                   mengganti bendalir                            dalam air diangkut
                                   serta elektrolit seperti                      di kawasan hidrofilik
                                   kalium dan natrium
                                   badan yang hilang
                                   melalui perpeluhan.     Liposom ialah vesikel yang mengandungi larutan
                                                         akues dikepung oleh membran yang terdiri daripada
                                                         fosfolipid. Liposom digunakan untuk melindungi
                                                         ubatan atau bahan aktif yang dimakan secara oral
                                                         daripada dimusnahkan oleh jus gastrik. Dengan cara
                                                         ini, ubat dapat sampai ke sel sasaran.

                                                                        membran
           Osmosis berbalik ialah teknologi yang biasa      Tekanan    separa telap
           digunakan untuk memperoleh air tawar daripada   dikenakan
           air laut melalui proses penyahgaraman. Dalam
           peralatan osmosis berbalik, tekanan dikenakan   air                             air tawar
           ke atas air laut untuk melalui membran separa   laut                            keluar
           telap. Membran ini membenarkan molekul air    masuk
           melaluinya manakala zarah bendasing, garam dan
           mikroorganisma dihalang. Maka air yang keluar     zarah bendasing   molekul air
           ialah air tawar yang tulen.                      dan mikroorganisma


               Zon Aktiviti
             Kaji proses osmosis
             berbalik dalam
             penulenan air.

                                    Praktis Formatif      3.4

                                        1  Terangkan mengapa pengawetan cili hijau menggunakan
                                          cuka dan gula.
                                      K3
                                        2  Jeruk nanas disediakan dengan merendam kepingan nanas
                 TMK 3.6
                                          dalam larutan gula pekat. Nyatakan dua kebaikan dan
           Video: Liposom dan aplikasi   K3  dua keburukan kaedah ini berbanding dengan menyimpan
            liposom dalam perubatan       nanas segar.
                dan kosmetik
                                                                                       3.4.3  3.4.4
            66
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73