Page 100 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 100

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021

                       4      Pencerapan proses PdP bertujuan untuk mengukur  keberkesanan            proses
               PdP  untuk  tujuan  penambahbaikan  tertumpu  kepada  kemahiran  MP.  Pemantauan  juga  untuk
               memberi nilai kepada proses PdP, lebih kepada keseluruhan proses bukan spesifik kepada kema-
               hiran MP.

                      5       Pengurusan panitia dan program panitia juga akan dipantau dan  diselia dua kali
               setahun oleh GKMP dan GPK.

                      6       Hasil kerja murid atau tugasan murid akan dipantau  sekurang-kurangnya 3 kali se-
               tahun (Rujuk Jadual) bagi memastikan Dasar Tugasan MInimum dipatuhi.

                      7       Mekanisme dan proses kerja penyeliaan hasil kerja murid ditetapkan oleh JK Penye-
               liaan dan Pemantauan dan satu rekod penyeliaan mesti diurus      dengan baik.

                      8       Jawatakuasa Penyeliaan dan Pemantauan mesti menyediakan laporan tiga fasa ;
               Fasa 1- bulan Januari hingga Mac, Fasa 2 – bulan April  hingga Julai     dan Fasa 3 – bulan Ogos
               hingga November. Rumusan laporan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kuriku-
               lum dan dipanjangkan dalam  Mesyuarat Panitia MP bagi tujuan penambahbaikan.


               L      PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
                      1       Semua  guru  mesti  sentiasa  memajukan  dan  meningkatkan  kualiti  pengajaran  diri
               masing-masing bagi memupuk budaya kerja cemerlang melalui pelbagai aktiviti PLC yang yang
               sesuai.


                      2       Semua  guru  yang  menghadiri  kursus  /  bengkel  yang  dianjurkan  oleh  bahagian-
               bahagian  di  KPM  perlulah  menghantar  laporan  bertulis  melalui  format    minit  curai  kepada
               pengetua. Guru-guru berkenaan juga diminta mengisi agenda latihan dalam perkhidmatan (SPLG
               – LDP & PPB).

                      3       Skop pengisian perkembangan profesionalisme guru mestilah berdasarkan program
               peningkatan  kualiti  pengajaran  guru.    Oleh  itu  keutamaan  haruslah  diberikan  kepada  kursus
               berkaitan  pedagogi dan ICT.

                      4       Setiap Panitia diminta untuk merancang program peningkatan kualiti      pengaja-
               ran  guru  sekurang-kurangnya  4  (empat)  kali  setahun  secara  berterusan  /  berkala  (SKPMg2:
               3.1.2.2)

                      5       Guru  yang  mengajar  MP  bukan  opsyen,  maka  GKMP  dan  KP  bertanggungjawab
               untuk membimbing  dan melatih guru tersebut. Satu rekod pemantauan perkembangan kema-
               hiran mengajar mesti disediakan oleh KP bagi MP berkenaan.

                      6       Semua program peningkatan kualiti pengajaran guru yang dilaksanakan di pering-
               kat sekolah atau panitia mesti dilaporkan kepada Setiausaha Latihan     Dalam      Perkhidmatan
               (SPLG) sekolah. Format laporan oleh setiausaha program mesti mengandungi tajuk, objektif, sasa-
               ran, tarikh, masa, tempat, dan pengisian secara bergambar, profil fasilitator dan kajian impak kur-
               sus,serta kehadiran.

               #sehati menelusuri kegemilangan juara2









                                                                                                               100
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105