Page 97 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 97
SMK LKTP JENGKA 2
26430 BANDAR JENGKA,PAHANG Manual Pengurusan Sekolah 2021
G TUGASAN MINIMUM
1 Setiap tugasan murid bertujuan untuk pengukuhan konsep dan proses penga-
yaan dalam topik-topik yang diajar. Oleh itu tugasan minimum yang disasarkan mestilah dil-
aksanakan oleh semua murid dan disemak oleh semua GMP.
2 Jumlah tugasan minimum MP adalah mengikut bidang seperti yang telah diputus-
kan dan diterima dalam mesyuarat panitia berdasarkan keperluan dalam sukatan pelajaran.
3 Tugasan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran iaitu rendah, sederhana,
tinggi dengan nisbah 5:3:2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan.
H PENTAKSIRAN, PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
1 Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti
dalam pendidikan.
2 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua murid bagi peperik
saan yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.
3 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran
berpusat dan penekanan kepada penilaian formatif.
4 Pentaksiran sekolah atau penilaian dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur
atau mekanisme yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Peperik saan Peringkat Sekolah
Bil 2 Tahun 2008 – pindaan yang memperincikan bilan gan peperiksaan dan ujian seragam
setahun, dasar peratusan markah untuk semua tingkatan, format peperiksaan, jadual
pengawasan, rekod markah, syarat lulus, jadual spesifikasi ujian, ‘content skill’ dan post- mortem
peperiksaan.
5 Jawatankuasa Headcount Sekolah / Ketua Panitia dipertanggungjawabkan untuk
menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji TOV dan
menentukan ETR bagi peperiksaan awam.
6 Semua GMP yang mengajar Tingkatan 1 hingga 3 yang terlibat dengan Sistem Pen-
taksiran Bilik Darjah dikehendaki melaksanakan Dasar Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
7 Semua GMP yang mengajar Tingkatan 4 dan 5, dimestikan mengisi markah TOV, ETR,
ujian dan peperiksaan dalaman ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara atas
talian.
8 Semua GMP dan KP dikehendaki menyediakan Profil Akademik MP dan sentiasa
dikemas kini selepas selesai ujian / peperiksaan.
9 Semua GMP yang mengajar Tingkatan 1 – 5 dimestikan mengisi markah PAJSK dan
Ujian Psikometrik mengikut arahan dan jadual yang telah ditetapkan
10 Sekiranya peperiksaan / ujian terpaksa dijalankan dalam waktu rehat, guru yang wak-
tu PdPc sebelum waktu rehat akan meneruskan pengawasan sehingga sesi peperiksaan / ujian ta-
mat
97

