Page 95 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 95

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021



                E      PROSES PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN


                       1     Elemen-elemen PdPc dalam Standard 4: SKPMg2 benar-benar difahami dan dihayati
                dan dijadikan panduan dan rujukan untuk menghasilkan PdPc yang berkualiti, berkesan dan ber-
                impak tinggi.

                       2      Menyediakan kemudahan PdPc yang secukupnya dan berkualiti selaras dengan
                perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK / ICT).

                       3      Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi  menghasilkan pelajar yang mahir
                ICT.  Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan dalam menyokong PdP di dalam
                bilik darjah.

                       4      Pembelajaran berasaskan PAK21 serta mengintegrasikan KBAT, i-THINK,     Tool  Kit,
                e-learning  /  Google  Classroom  dan  lain-lain  teknologi  multimedia  interaktif  dan  penggunaan
                gajet sangat digalakkan dan akan dipeluaskan.


                       5      Memperluas dasar MBMMBI bagi penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
                menjadi focus utama PdPc.


                       6      Memastikan  penguasaan  konsep/prinsip  asas  MP  oleh  pelajar  dengan
                menggunakan teknik mengingat  yang kreatif seperti “i-THINK” supaya tidak      membosankan
                dan membebankan pelajar, sebelum maju kepada topik selanjutnya.


                       7      Meningkatkan  penguasaan  dan  penekanan  kepada  kemahiran  generik,  kema-
                hiran berfikir secara kritis dan kreatif  semasa proses PdP ( slogan Q – Quality Teaching for Quality
                Learning ).

                       8      Menggunakan  pelbagai  pendekatan,  kaedah,  strategi  dan  teknik  dalam  proses
                PdPc bagi meningkatkan keterampilan guru yang akan menyerlahkan keterampilan murid yang
                seterusnya  akan  meningkatkan  prestasi  peperiksaan  awam.  Pengajaran  berkualiti  akan
                menghasilkan pembelajaran berkualiti.

                       9      Penggunaan kaedah pengajaran berasaskan keupayaan murid dengan kecerdi-
                kan pelbagai; cooperative learning, guided learning, workshops, Project Based Learning, Problem
                Based Learning, Inquiry Based Learning  dan  labs mestilah diperluaskan untuk membentuk jalinan
                antara guru dengan murid supaya tanggung jawab belajar dapat dipindahkan kepada murid.

                       10     Kemahiran  belajar  perlu  diterapkan  bagi  memudahkan  murid  mengubah  suai
                kaedah mengikut keupayaan dan bidang MP.














                                                                                                                95
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100