Page 99 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 99

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021


         J      PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

                       3      Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah membantu murid         meng-
                ingat, mengolah dan menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-  topik          bagi      MP,
                mengasah kemahiran berfikir supaya item-item aras kognitif       tinggi  boleh  dikuasai,  mening-
                katkan kemahiran berkomunikasi terutamanya        melalui  penulisan,  meningkatkan  penguasaan
                dan pemerolehan ilmu pengetahuan, meningkatkan            motivasi dan minat belajar.


                       4      Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah
                program yang dapat meningkatkan keberkesanan proses PdP dan pada masa yang sama mam-
                pu meningkatkan keterampilan murid         serta    dilaksanakan  dalam  bilik  darjah  sepanjang  ta-
                hun.

                       5      Program  jangka  pendek  adalah  program-program  yang  dirancang  untuk  dil-
                aksanakan dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam
                yang lebih berfokus atau dikenali sebagai program intervensi. Program ini lebih menjurus kepada
                penyelesaian masalah semasa         untuk   tujuan  membaik  pulih  atau  menambah  baik  proses
                PdP semasa. Teknik-  teknik lazim bercorak “practice makes perfect” seperti latih tubi, jawab hing-
                ga tepat, retest dan sebagainya merupakan contoh program jangka pendek.

                       6      Penglibatan Unit HEM dan Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa         (GBKSM)
                atau Kaunselor Sekolah adalah wajib bagi penyelarasan program kecemerlangan akademik.


                       7      Jawatankuasa  atau  pengurus  program  dikehendaki  menyediakan            kertas  ca-
                dangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawa-
                tankuasa Kurikulum Sekolah.



                K      PENYELIAAN, PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN

                       1      Proses  PdP  dalam  bilik  darjah  akan  diselia,  dicerap  dan  dipantau  sekurang-
                kurangnya tiga (3) kali setahun.


                       2      Jawatankuasa Pencerapan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan   untuk me-
                nyusun jadual dan mengatur pegawai pemantau;  pentadbir, KP dan         Pemantau  Rakan  Se-
                jawat untuk menyelia, mencerap dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesan-
                an program sekolah.

                       3      Penyeliaan proses Pdp bertujuan untuk meningkatkan kualiti proses PdP,   bukan
                mencari  kelemahan  atau  kesalahan.  Penyeliaan  juga  bertujuan  berkongsi  pengalaman  dan
                pengetahuan  antara  guru  dan  berkongsi  amalan  terbaik  untuk  kemajuan  sekolah.  (SKPMg2:
                Standard 4)












                                                                                                                99
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104