Page 98 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 98

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021


               I      JADUAL WAKTU MENGAJAR, JADUAL WAKTU GANTI, JADUAL WAKTU INTERVENSI

                      1       Jumlah  waktu  mengajar  setiap  MP  adalah  mengikut  ketetapan  Akta    Pendidikan
               1996.

                      2       Tambahan waktu mengajar setiap MP dibolehkan mengikut keperluan  sekolah dan
               dipersetujui  dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah.

                      3       Pengagihan  MP,  mengikut  opsyen  dan  kepakaran  opsyen.  Jika  berlaku  ketid-
               akcukupan opsyen, maka guru bukan opsyen akan diguna pakai berdasarkan keperluan sekolah.

                      4       Jumlah waktu mengajar maksimum bagi guru

                      5       Kesinambungan tugas mengajar adalah Tingkatan 1 ke Tingkatan 2, Tingkatan 2 ke
               Tingkatan 3 dan  Tingkatan 4 ke Tingkatan 5. Walau bagaimanapun jika berlaku perubahan dalam
               perjawatan, maka akan berlaku perubahan kesinambungan itu.

                      6       Waktu pertama untuk kumpulan pentadbir tertinggi diblok bagi tujuan pentadbiran.

                      7       Jadual Waktu Mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti atau      menjalan-
               kan tugas rasmi luar pejabat, akan diisi oleh Jadual Waktu Ganti. Guru yang tidak hadir ke kelas,
               mesti  menyediakan  Modul    MMI  atau  Modul  Pembelajaran  Kendiri  Kelas  Ganti  yang  akan
               digunakan  oleh  murid  semasa  Jadual  Waktu  Ganti.  Tugasan  dalam  Modul    MMI    mesti  disemak
               dan direkodkan pencapaiannya. Tindakan susulan perlu dibuat sekiranya objektif  pembelajaran
               tidak tercapai melalui Modul MMI atau Modul Pembelajaran Kendiri Kelas Ganti.


                      8       Jadual  Waktu  Penggunaan  Bilik-bilik  Khas  dan Rekod  Penggunaan  Bilik  mesti  dise-
               diakan oleh guru penyelaras bilik berkenaan.

                      9       Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan nadi yang menyokong proses  PdPc dalam
               kelas dan budaya pembelajaran kendiri murid dalam meningkatkan Ketrampilan mereka. Oleh itu
               matlamat perancangan strategic PSS mestilah        mempunyai  hala  tuju  ke  arah  itu  dan  semua
               GKMP  dan  KP  adalah  tertakluk  kepada  perancangan  tersebut  dan  perlu  memainkan  peranan
               masing-masing.


        J      PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

                      1       Semua program utama yang berlaku dalam PdP dijalankan berdasarkan keperluan
               panitia, oleh itu, Dasar Kurikulum Sekolah menyokong penuh semua program peningkatan akade-
               mik ini yang berfokus ke arah kecemerlangan dan keterampilan murid.

                      2       Jawatakuasa  Kecemerlangan  Akademik  /  Jawatankuasa  Kurikulum  menjadi  nadi
               yang  bertanggungjawab membantu semua panitia dalam merancang dan melaksanakan pro-
               gram akademik.
















                                                                                                                98
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103