Page 96 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 96

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021



                       11     Penggunaan GSP sangat digalakkan bagi tajuk-tajuk terpilih dalam Matematik, Fizik
                dan Matematik Tambahan bagi memudahkan penguasaan konsep dan prinsip MP. Kemahiran Ber-
                fikir  Aras  Tinggi  (KBAT)  mesti  diasuh  secara  beransur-ansur  dalam  PdPc  bagi  menyediakan  murid
                yang dapat bersaing setanding dengan bangsa lain di arena antara bangsa.

                       12     PdPc yang berkesan mestilah menggabungkan kemahiran konten, kemahiran baha-
                sa,  kemahiran  ICT  dan  pedagogi.  Oleh  itu  setiap  guru  mestilah  secara  berterusan  berusaha
                meningkatkan kemahiran-kemahiran tersebut secara         kendiri  atau  latihan  profesional  demi
                kelansungan profesion keguruan dan jangkaan masyarakat.

                       13     Guru Mata Pelajaran (GMP), KP dan GKMP mestilah sentiasa memantau   prestasi
                pencapaian MP setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat
                tindakan susulan untuk mencapai sasaran. Oleh itu pengurusan headcount MP dan program inter-
                vensi mestilah dijadikan amalan dan kelaziman.



                       14     PdP menggunakan stesen-stesen pembelajaran MP dan pembelajaran luar bilik dar-
                jah (PLD) sangat digalakkan dan akan dibangunkan dengan lebih mesra pengguna supaya rang-
                sangan intelek murid lebih cepat terbentuk.



        F       BUKU TEKS, LEMBARAN KERJA, REKOD KERJA AMALI DAN NOTA

                       1      Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan kon-
                sep-konsep MP. Maklumat dan konten MP dalam setiap topik hendaklah ditegaskan kepada murid.
                Buku  rujukan  hanya  berperanansebagai  pelengkap  kepada  buku  teks  kerana  susunan  konten
                masih   berasaskan SP / DSKP

                       2      Lembaran  kerja  murid  dibenarkan  menggunakan  pelbagai  bentuk  dokumentasi.
                Latihan bertulis secara topikal boleh diberikan dalam kelas atau sebagai kerja  rumah atas tujuan
                pengukuhan  PdP.  GMP  mesti  memastikan  murid  melengkapkan  semua  tugasan  secara  berfokus
                dan terbimbing terutama murid       berkeupayaan  rendah.  GMP  perlu  membimbing  murid
                menggunakan Jurnal Murid / Buku Komunikasi Sekolah bagi membentuk pembelajaran kendiri di
                rumah.  Semua  hasil  kerja  murid  perlu  disemak  secara  berkala  dan  didokumentasikan.

                       3      Buku kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENG            GANTIKAN
                BUKU TEKS, mematuhi SPI Bil 10 Tahun 1991. Pemberian tugasan murid      secara     atas    talian
                menggunakan “platform Google Classroom” sangat digalakkan bagi melatih         murid   ke   arah
                pembelajaran secara maya.


                       Rekod  Kerja  Amali  mesti  dilaksanakan  dalam  PdPc  Sains,  mematuhi  SPI  Bil  7  Tahun  1989.
                Penulisan rekod amali sains   mestilah menggunakan format yang ditetapkan oleh MP; teks pada
                halaman bergaris, gambar rajah pada halaman tanpa garis dan jadual serta graf pada halaman
                bergrid. Prinsip ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan        kemahiran     komunikasi
                dalam bentuk penulisan

                        4     Murid yang berjaya melengkapkan tugasan dengan cemerlang mesti          dihargai
                dan diberi ganjaran mengikut pertimbangan GMP atau ditetapkan           dalam panitia MP.  Murid
                yang gagal melengkapkan tugasan pula mesti ditangani secara berhemah.





                                                                                                                96
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101