Page 92 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 92

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021


          3.1   PENGURUSAN KURIKULUM
          3.1.1   KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM

                  A      UMUM
                         1      Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan ko kurikulum
                yang  merangkumi      semua  pengetahuan,  kemahiran,  norma,  nilai,  unsur  kebudayaan  dan  ke-
                percayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jas-
                mani, rohani, intelek dan emosi  serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
                dan untuk menyampaikan  pengetahuan.

                  2      Dasar  kurikulum  sekolah  sepanjang  masa  mestilah  selari  dengan  system  arus  perdana
                dan dasar pendidikan kebangsaan.

                         3      Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidi-
                kan Malaysia, Jabatan Pendidikan Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah Maran.

                         4.     Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan ku-
                rikulum semasa.

                         5      Pada  setiap  masa,  program  akademik  mestilah  diutamakan.  Ini  bermakna
                  sekiranya program akademik bertembung waktu dengan program lain, laluan mestilah diberi-
                  kan kepada program akademik.

                  B      JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

                         1.     Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya em-
                  pat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu kuriku-
                  lum sekolah

                         2.          Pengurusan  mesyuarat  mestilah  mematuhi  semua  prosedur  melaksanakan
                  mesyuarat

                         3.     Setiausaha Jawatankuasa dilantik daripada kalangan Guru Kanan Mata      Pelaja-
                  ran (GKMP) atau guru senior dari segi gred jawatan

                         4.     Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah berdasarkan agenda yang
                  dicadangkan dalam  PKPA 2 /1991 (Perutusan Pengerusi; Pembentangan & Pengesahan Minit;
                  Pindaan Minit (jika ada) ; Perkara  Berbangkit;    Agenda Profesional; Hal-hal Lain; Ucapan
                  Penanguhan)

                         5.     Semua perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa ini, mesti-
                  lah dimaklumkan dan diperbincangkan pelaksanaannya dalam mesyuarat panitia mata pelaja-
                  ran. Maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatan kuasa
                  Kurikulum


                         6.     Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian         impak
                  terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan GKMP serta Ketua Panitia
                  (KP) dipertanggungjawabkan sepenuhnya.










                                                                                                                92
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97